Friday 4 December 2015

6 bulan

Telah sampai usianya 6 bulan. Alhamdulillah.

Semalam, aku tukarkan nurserinya. Dah 4 bulan dia dengan nurseri ni. Bila masuk je umur baru, Insyirah mula ada perangai baru.. hehe.. mula asyik meragam kalau dibiar keseorangan. Kasihan pengasuh nak uruskan anak-anak lain.

Baru 2 hari di taska baru.



Aku juga baru seminggu masuk mengajar di semester baru. Harap semangat makin membara la ye. haha.. dah hujung tahun ni. Banyak planning dah difikirkan mesti diatur siapkan..

ok. jom sarapan.

Monday 24 August 2015

batuk berkahak - selsema

Minggu ini minggu demam..

Kasihan Insyirah.. Semalam terlalu mengantuk agaknya.. bila dikejut bangun untuk susu pun menggeliat je tak mahu bangun. Awal pagi tadi, terbangun lapar. Mahu disusukan. Tapi hidungnya tersumbat. Kasihan sungguh. Susah payah nak menyusu disebabkan hidung yang tersumbat. Petua orang lama, letak kunyit hidup kat hidung. Malang kami dah kehabisan kunyit hidup.

Aku perah susu, beri melalui botol. Mahu dia minum. Laju-laju sebab terlalu lapar. Tiba-tiba tersedak. Lalu dimuntahkan segala. Banyak pulak tu. Habis kain dan baju aku. Baju dia habis lencun juga.. kasihannya aku melihat dia... Tapi selepas tu dia lega. Kahaknya keluar sekali dengan muntah tadi. Sambung semula lenanya..

Batuk berkahak. Selsema. Seusia 2 bulan lagi tu. Awal sangat diletakkan di taska. Mudah benar dia berjangkit penyakit dengan budak-budak lain. Aku seboleh-boleh sekali sehari mesti pergi menjenguk dia di taska setiap tengahari.

Kasihan Insyirah.. Mami sampai rasa nak amik cuti lagi untuk awakkkk....

Tuesday 11 August 2015

campur-campur... blurr

Seminggu dah masuk koje semula..

Adik dah sangat behave duk di taska. Takde lagi meragam. Sangat senang hati mami lor.. Awal menjemput awak pulang dari taska je ade sedikit merengek. Dah sampai rumah, berebut abang-abang dan kakaknya nak kiss.. so far, so good.. moga berpanjangan lah hendaknya kesihatan dan kasih sayang mereka adik beradik..

So last week, adik dah check up 2 bulan. Mami dah buat pap smear, dan terus pasang susuk moden.. Oopss.. Implan lah.. kekeke... rancang keluarga. Jumaat pulak sharing session kat Hospital.. Tiba-tiba minggu ni dah sunyik sepi.

Aku baru je dapat jadual waktu. Belum start kelas lagi. Sebab lecturer sekarang masih mahu habiskan silibus sampai ujian 1. Minggu depan baru mula.. minggu ni rilex.. sekejap je la..
Aku tak pasti la orang lain pun macam aku ke ape.. setiap kali aku naik kerja selepas cuti bersalin, otak aku memang blur... haha.. nak mulakan kerja pun tak tahu nak start mana dulu.. kekeke... Jadual dah dapat, aku mulakan dengan buat FRP.. tapi lepas tu, aku sebuk nak buat nota subjek baru ni.. lepas tu aku nak buat slide note, lepas tu google video menarik. Sekali terbukak FB pulak.. lepas tu melagho sampai lapar... haih,.. sungguh tidak produktif!

Jadual pam masih macam biasa, Cuma aku tak ikut sangat. Belum dapat tune lagi. Nak pam pun segan-segan dalam surau tu.. haha.. Ada tragedi dalam sejarah aku pumping susu untuk Insyirah ni. Aku tak tahu lah macam mana aku boleh ter Off suiz deep Freezer kat dapur tu sabtu lepas, habis segala usaha aku menyimpan stok susu frozen aku rosak... Nangis woo.. terus hilang semangat sekejap.. Aku nak buang susu2 tu dalam singki pun sedih-sedih.. risau pun ada.. rezeki Insyirah dah kurang sikit.. Namun, Suami masih gigih memujuk..

perlahan-lahan kena buat semula... tapi nak mulakan dari mana pun aku Blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.... itu je la..

**Aku sendiri dah mula Blurr dengan entri aku ni. Blurrr... sebab dah nak balik koje ni.. dah pukul 5 petang...

Sunday 9 August 2015

post raya...

Seminggu ni banyak sungguh pelawaan open house sana sini.. kami memang suka dan teruja nak pergi. Tapi kalau dah keadaan kami yang sepertinya membawa rombongan ini.. haha.. tau2 je la..

Setiap yang memandang asyik bertanya, kalau2 keempat-empat mereka ini adalah anak aku.. haha. Sebut seperti sinetron indonesia pulak. Kan.. ramai sangat kanak-kanak....

Lalu.. malam tadi, perut aku bagai dicucuk-cucuk jarum.. punya lah sakitnya. Duk ulang alik ke pejabat syaiton tu berapa kali da.. ni baru nak start pam susu.. (takut jugak nanti Insyirah dapat kesan sama.. kasihan nanti..)

Jumaat lepas (7 ogos 2015), aku dipelawa untuk sesi sharing tentang penyusuan susu ibu di Hospital Seberang Jaya. Ni berkaitan tentang ibu yang berkerjaya cuba menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya di tempat kerja. Cabaran dan sokongan pihak majikan bagi ibu2 ni la.. depa mintak cerita sikit... Sebab minggu ini adalah minggu penyusuan susu ibu Sedunia 2015.

Aku betui2 ingat sekadar sharing dalam grup ibu2 saje la.. sebab tu laju2 bersetuju akan hadir. Tapi bila sampai je ke Dewan Mutiara tu kelmarin, mak aih.. sekali dengan Pengarah Hospital pun ada. Siap dengan persembahan dan sketsa, jamuan, semua ada.. Program tahunan agaknya.

Alhamdulillah, walaupun tak berapa bersedia, sekadar berkongsi pengalaman, takde masalah. Terharu jugak.. perjalanan penyusuan kami anak beranak, ada jugak pihak yang mendengar.. kikikik... *seronok sikit*..



Ok. Anak dah bangun. Semua pakat mengamuk. Chow dulu...

Monday 3 August 2015

perasaan aku hebat sikit kali ni-

Fuh. Title tak agak.. kikih..

Hari ni, (baru 2 jam) aku dah start hantar si kecil ke taska. Yes.. baru 2 bulan umurnya. Sebab cuti bersalin aku dah habis. Aku masih punya baki cuti tahunan sebanyak 33 hari lagi. Boleh sangat aku habiskan kalau nak.. kan..

tapi, aku harap, boleh masuk awal ke taska ni, adik boleh biasakan diri.. kalau lewat nanti, makin susah hati mami kalau adik tak mau ke orang lain..

Untuk anak nombor 4 aku ni, lain sikit perangainya berbanding abang2 dan kakak nya sebelum ni. Nur insyirah ni manjaaaaaaa sangat. Nak berdukung je setiap malam.. kalau letak awal2 ke tilam or buaian, dia meraung kuat macam kena gigit dengan mami.. (mami kadang2 memang mau gigit tumit awak dik... haha).  Beza sangat la dengan abang kakaknya.. depa pantang kenyang susu, terus Zzzzz...... Insyirah pulak, dah kenyang, dia nak dakap peluk, baru boleh tidur.. sekali sekala buat perangai genius, sampai ke pagi mami jadi beruang panda - mata lebam sebab tak cukup tidur... huhuhu...

Seminggu ni dia mahu minum dari botol. Aku perah siap2, dia belajar minum botol. Lulus seminggu. Tapi bila dia meraung, aku bagi jugak directfeed. Tu sebab nak hantar juga awal2 ke taska. Tengah mahu minum botol. Nanti dia dah pandai buat tektik nak directfeed, susah la aku..

Tapi.. dah masuk 3 jam awak kat taska ni.. cikgu tak call pun.. okey ka awak kat sana dik.. okey ka adikkk... huhuhu..

Kasik belanja gambar adik sikit..


Berdebar2 menanti hari menjelang petang...

Thursday 2 July 2015

bertabah la bila berpantang di bulan posa ni..

Kami di kampung..
Dah 15 ramadhan.. lagi dua minggu je nak raya.. hehe..
Tepek gambo tiga beradik ni.. adik baby dah tido, takde dalam gambo..

Aduh.. amatlah menguji kesabaran.. berpantang dengan empat kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, di bulan puasa pulak tu..haha.. macam la aku berpuasa tahun ni.. opss.. tapi tetap takleh makan macam orang biasa.. kena berpantang.. aku dah start masak sendiri juga.. basuh pakaian sikit-sikit. Tapi kalau terasa seram sejuk sikit, aku cecepat stop. Takut pulak bentan..

Sebenarnya kesian pula nak harapkan pertolongan umi ayah bila mereka berpuasa, letih sudah tentu la.. jadi banyak juga hal dah kena diuruskan sendiri... hal kebajikan aku dan baby aku dah kuat nak uruskan.. hal makan mandi anak2 yang lain, aku dah gagahkan diri buat semua perlahan-lahan.. penat woo.. lagi-lagi bila diorang bergaduh sesama sendiri.. aiyoo...

 Malam pula bukan semuanya indah.. haha.. adakalanya adik baby kalau time dia tak selesa, kena la berjaga sampai 3..4 pagi.. meragam, mata tak mau tido.. perut tak sedap ke.. bersakit pinggang la aku esoknya.. kena bertabah juga... mak anak empat lah katakan.. kena kuat! Semangat kena kental! Insya Allah!

Ni kami menghitung hari lagi 2 minggu nak habiskan sisa2 hidup dalam pantang... hehe... chaiyokkk...

Tuesday 23 June 2015

confinement aku

Hari ni dah masuk 18 hari kami.. alhamdulillah.. so far... kami sihat sejahtera. Setiap malam masih dengan aktiviti Insyirah berjaga sampai ke waktu sahur.. setiap malam pulak tu.. ayoii.. tapi mungkin produk NR yang sedang aku amalkan ni buat aku kekal bertenaga setiap hari.. walaupun tidur malam tak cukup. Good product!

Aku start amalkan Madu Tenaga Segar dah kelmarin. Then, tetiba Insyirah kena ruam. Merah-merah serata badan dia. (Aku sapu minyak Jerselin oil tu, tengok pagi ni dah surut merahnya. Alhamdulillah serasi kot. Boleh teruskan minyak ni). Apa aku nak share pasal Madu Tenaga Segar - lepas aku makan pagi tu, lawas segala darah beku. Keluar hitam berketul. Syukur, darah penyakit lancar bebas dari badan. Tapi kalau Insyirah tak tahan, aku ingat nak ambil selang sehari la. Risau baby panas dalam badan.. nak tau apa itu Madu tenaga segar, kena la rujuk website NR.. hehe..

Sepanjang berpantang ni, setiap hari aku minum air Akar Herbanika, phytonatal, minyak herbanika aku sapu seluruh badan sampai ke kaki.. memang lawas segala sistem perkumuhan aku. Berpeluh2 je.. Haha, dalam hati aku ada menyimpan sedikit angan-angan, moga boleh kurus lah hendaknya lepas berpantang nanti.. kui kui..

Ok. Part tak best dalam pertengahan musim berpantang aku pulak...

Aku ada cerita aku upah confinement lady untuk jaga aku 14 bari berpantang kan....
ni pengalaman aku dengan dia..

Patutnya seronok la ada orang jaga kita kan.. tapi kalau setiap 2 hari, kau asyik cuti.. pastu sambung balik.. pastu cuti lagi.. bagi alasan kereta rosak la.. anak demam la.. dulu masa nak buat deposit, aku ada tanya dah, kalau tarikh aku tu dia tak sesuai macam mana? Siap cakap... takpe.. nanti saya ada back up.. skarang ni, mana back up kau?...

Aku ni dah berpantang macam orang tak berpantang.. tiap kali kau cuti, aku kena buat semua sendiri.. baik aku tak payah upah orang.. serius kecewa... aku ingat kali ni nak jaga badan elok-elok.. tapi sama je jugak macam berpantang sendiri-sendiri.....

Aku kecewa. Rasa nak mintak duit pulang semula je..

Opss.. sori, terlebih emo pulak.. hehe.. kalau sedang berpuasa, harap banyak bersabar baca entri aku ni.. Tapi takpe la. Mungkin sekali ni je la aku amik dia jaga aku berpantang.. tapi kalau tak dikira perangai dia suka amik cuti tu, aku memang puas hati service dia kat aku (urut dia memang best, berlulur pun sangat best, aku rasa macam puteri masa dia mandikan.. bertangas, body stim setiap hari, bertungku setiap hari.. fuh.. seronok..) menu masakan pantang dia setiap hari pun best.. tukar-tukar menu beb...

Tapi kalau etika kerja tak jaga - datang lewat, asyik cuti, dah cemana customer nak cepat sihat... kan...

Ok la.. dah bangun pulak budak kecik ni..

Friday 19 June 2015

kronologi kelahiran

Salam Ramadhan.. (hari kedua umat Islam berpuasa tahun ni).. semoga lepas berpantang daku gigih mengQadho' sebulan berpuasa.. insya Allah!

Hari ni sudah 14 hari kami berpantang. Alhamdulillah.

Masih baru je terasa-rasa sakit contraction tu di sini.. hehe.. Kalau diimbas semula memori tu, instinct seorang ibu tu memang betul luar biasa. Betul!.

Sabtu. 6 June 2015.
Jam 2 pagi aku terbangun dari tidur. Perut terasa mengeras. Aku fikir BH je la. Dalam sakit sikit tu aku try untuk tidur balik. Tapi dia datang semula. Ehh... apakah?.. aku pantau sakit tu dengan kira sela masa dia camne.. mula-mula selang 10 minit sekali. Lepas tu 15 minit sekali. Aku terus terjaga dah. Hilang mengantuk.. sampai pukul 4 pagi, aku bangun terus mandi. Mandi air panas.. hot shower.. fuh.. lega rasa sakit...

Lepas mandi tu, sakit hilang pulak dah.. aku cek jugak kot ada tanda atau 'show' ade ke tak keluar.. tapi takde. Mungkin lambat lagi kot.. aku buat keputusan untuk sambung tidur semula.. sampai la aku terlajak bangun subuh.. haha.. dah subuh gajah pulak. Pukul 7 lebih terbangun..

Kelam kabut kejut suami. Tah kenapa, terkejut bangun lewat ke ape, sakit tu datang balik.. kali ni aku ajak suami ke hospital.. "dah tiba time kot".. aku rasa, kalo suami org lain sure dah melompat cari kunci kereta nak bawak bini ke hospital dah time ni.. tapi suami aku boleh pulak rilek2 cakap nak basuh baju pehtu jemur kain dulu.. adeh.. tak cukup emergency ke sakit aku ni? Tapi aku pun try gak rilekskan diri dengan siapkan si sulong tu mandi.. sebab rasa macam kena gi hospital gak hari tu...

Pukul 10 lebih baru keluar rumah. Time ni kami tak buat keputusan lagi nak ke hospital mana.. hohoho.. banyak sangat hospital kat Penang ni.. Aku bagi cadangan nak bersalin ke Hospital Kulim.. haha (suami macam tak berapa setuju - sebab kami takde sesiapa pun kat sana. Jadi dia kata kalau apa-apa hal, dia nak tumpang tidur ke, nak minta tolong ke, macam susah la..) Tapi hati aku beriya-iya nak anak ni jadi orang Kedah. Haha.. suami layankan jugak permintaan.. maka kami ke Kulim lah pagi tu..

Sampai je kat Hospital Kulim dalam pukul 10.45pagi, suddenly sakit aku hilang. MAGIC!.. disebabkan dah sampai, kengkonon sambil nak tunggu sakit tu datang kembali, Aku ajak suami ke kantin Hospital Kulim tu untuk sarapan. Anak yang sulung dah bising lapar.. sambil tu aku wasap kawan yang dok Kulim. Adiani. Kot dia ada, nak la singgah rumah dia ke.. sekali dia pulak holiday kat kampung.. langsung aku hilang dah sakit contraction time ni.. hehe..selesai breakfast, suami aku bagi cadangan agar kami ke Bertam dulu, ke rumah adik aku. Dia bagi cadangan untuk nak tinggalkan anak sulong tu kat sana. Then, kami tengok keadaan aku camne..kalo emergency, boleh bersalin hospital terdekat di sana je..

ok. Jangan tiru kami.. dah nak beranak baru nak cari-cari hospital.. hoho.. No no no okey! Sila shopping awal-awal hospital mana awak nak deliver.. ni kes suami aku cakap -- "hari tu kita bersalin rumah je kan.. ni kalo takde apa, kita balik bersalin rumah jugak lah" .. haih.. patut le dia tak risaukan aku pun.. pikir bini dia senang nak bersalin mana-mana katanye...

Dalam pukul 11.30 pagi gitu.. kami sampai rumah adik aku tu, tapi diorang bersiap nak keluar dah.. nak hantar pengantin ke Baling. Sepupu kepada adik ipar aku tu kawen hari itu. Alamak.. mana nak letak imam ni? Adik aku pun dah serba salah. Mujur mak mentua dia tak jadi pegi, dia pelawa untuk jaga imam sementara aku gi check kat hospital. Mekasih makcik.. Aku nak sedapkan hati semua, cakap kat depa sakit aku tak kerap dah. Kalau takde apa-apa, (tak jadi beranak) nanti aku ambil semula Imam.. so.. kami ke Hospital Kepala Batas.

Pukul 12 - register.
Misi tanya pasal turun tanda atau sakit, aku jawab sakit dah hilang, tanda apa pun takde lagi. Misi tanya bila due, aku cakap lagi 2 hari, terus diorang tahan aku. Kena admitted ward terus.

Pukul 12.45
Buat VE (Vaginal examination) cek jalan baru bukak 3 cm. Sakit tak consistent.

Pukul 1
CTG - tengok graf contraction dan kondisi jantung baby. Misi bagitau contraction sangat tinggi. Aku ada mula sakit dah. 5 minit sekali. Buat CTG je sampai sejam. Boleh lak dia kata kat aku.. dia terlupa aku dalam bilik ni.. adoii..

Pukul 2.15
Suami nak pi solat. Sebelum tu dia dah bawakkan semua barang beg aku ngan baby dalam bilik.

Pukul 2.30
Aku rasa contraction makin kerap. Dah tahap 2 min sekali. Time ni duk ulang alik ke toilet. Aku minum air banyak-banyak supaya kerap kencing. Petua bukak jalan dengan cepat.

Pukul 2.45
Panggil staff nurse. Pn. Hasmah namanya. Minta tolong dia temankan aku. Tapi dengan lembut dia tolak permintaan aku tu. Kebetulan dia sorang je kena jaga kaunter.. (aku tatau mana pegi nurse yang lain) jadi dia banyak keja nak siapkan. Aku risau pulak duk sorang-sorang dalam bilik wad (lengang beb hospital ni.. Ada 5 orang je ibu time tu. Aku lak duk bilik sorang)..

Pukul 3
Suami aku baru muncul. Terus lega hati ni tengok wajah suami. Haha.. ada peneman.. dikatanya tadi dia gi minum sekejap. Patut la lama. Sakit pinggang yang amat sangat datang time ni. Aku minta dia sapu belakang aku. Dusshhh.. tiba-tiba pecah ketuban. Habis lencun katil wad. Dengan seluar suami pun lencun.. kelam kabut suami panggil staf nurse tadi. Dia datang. Kemudian dia ilang (cari glove rupanya)

"Puan, tolong baring, saya nak cek VE ni.." aku sebenarnya time tu tengah melutut sambil pegang kepala katil. Aku masih atas katil wad. Posisi separuh berdiri. Nak tahan sakit. Sambil tu staff nurse tu memanggil2 rakannya..

Aku cakap le.. "rasa macam kepala baby dah keluar.." tapi suara aku suami je dengar. Dia tolong kabo ke staff nurse tu.. mungkin staff nurse tu tak percaya, dia jawab.. "eh.. cik ingat senang ke nak keluarkan kepala? Mana boleh.. puan, baring puan.. ", suami aku selak kain dari belakang.. (sebab aku membelakangi diorang), terkejut agaknya, nurse cuba keluarkan kepala baby dari posisi aku gitu tu je. Suami aku tadah tangan, sambut separuh badan lagi. Alhamdulillah..

Pukul 3.10
Puteri kami-- anak ke 4 telah selamat dilahirkan.. syukur.. alhamdulillah Ya Allah atas kurniaanMu ini.. semoga menjadi anak yang solehah, penyejuk hati kami.. amin..

Pukul 5
imam datang tengok adik barunya.. hehe.. siap bagi nama adik -- baby Imam --

Esoknya kami discharge. Sehari bermalam.

Tepek gambo adik sebelum botak..
♡ Nur Insyirah Felisha bt Mohamed Iqram
♡3.3 kg
♡3.10 pm @ 6 June 2015 (cuti keputeraan Agong)
♡ anak Penang!


Tuesday 9 June 2015

new journey..

First try..


Sebab sedang menunggu confinement lady yang tak sampai lagi..
Jadi aku siap sedia dengan bekalan untuk adik.. dapat 40 ml saje buat first try.. doa semoga rezeki adik makin bertambah lagi lepas ni.. amin

(Nak share story adik, di lain entry nanti ya...)

Monday 1 June 2015

beg hospital aku..

Selamat berholiday semua..
Lama pulak cuti sekolah ni kan.. dua minggu.. yey!

Tapi aku tak cuti la.. sebab bukan koje cikgu sekolah.. hehe.. Kat opis ni pun ramai gak yang tak cuti.. next week kot. Tapi kebanyakkannya dah hantar anak-anak ke program, kem cuti sekolah...

Aku pun dah mula buat beberapa persiapan.. hehe.. menjelang kedatangan orang baru. Minggu ni dah 38 weeks plus. Kalau takde masalah, dah boleh bila-bila masa je mulai sekarang.. cuma aku harap, biarlah hujung minggu depan pun kalau paling awal.. haha.. nak merasa berjalan sana-sini lagi...

Segala keperluan berpantang, Alhamdulillah sudah ada. Keperluan baby pun siap. Cuma beg ke hospital belum siap. Target barang penting je..

beg aku  : toiletries, tuala, pad nightflow, stokin, minyak panas, underwear, kain batik 2 pasang, baju 2 helai (selalunya pakai uniform hospital je), tudung 2 helai. Sudah. (Haa, buku merah jangan lupa bawak ~ moga-moga belum tamat tempoh.. lalala~)
Makanan snek, aku nak bawak kurma dan air botol masak. Selalu aku beli milo kotak je. Malas nak bancuh dalam wad.

beg baby : kain lampin 3 helai (buat selimut/bedung/kain lap/lapik kepala), baju butang depan 3 helai. pampers, tuala mandi, minyak vco, dan baby wipes utk cuci bontot..

Selalunya tu je. sebab baby nurse yg mandikan. tak perlu sabun. mitten booties pun aku tak pakai, sebab bedung. Kalau sihat takde masalah, sehari tu je dah keluar wad.

Aku respek jugak la bila bukak blog-blog bakal mommy kat luar sana yang sampai prepared beg troli AF tu untuk diri sendiri, pastu ada satu beg lain untuk baby.. hoho.. suami aku yang kena angkat beg. Jadi aku cuba taknak susahkan dia.. (ecececeh..)

Dalam mind set aku, taknak duduk hospital lama-lama.. haha.. jadi beg aku cuma beg shopping tesco tu je la... haha.. siap boleh share baby dan ibu lagi. Setel.

Anak-anak, aku plan nak hantar ke kampung sebagai persediaan. Maklum lah, kut kalau kena pegi hospital awal pagi ke, tengah malam ke, mana pulak nak angkut diorang sekali kan. Meragam pulak. Ummi aku tak perlu susah nak datang sini...  lagipun, ayah aku dan adik ada kat kampung untuk membantu. Allah.... rindunya la nak tinggalkan anak-anak.. (dekat je kampung aku - sejam setengah perjalanan..)


.....


dua budak yang dikirimkan... huhuhu...



Wednesday 27 May 2015

semakin lapang

yey.. minggu sukan JKM dah berakhir, minggu kelas short sem ja tengah tunggu nak abih...
Pelajar senior dah boleh daftar subjek mulai semalam.

Oh, senangnya hati.. banyak urusan hampir selesai. Jadi minggu ni, ada kursus kena hadir. Mengisi masa lapang.. (sebelum nak bercuti panjang ni.. FRP pun belum tutup lagi..kakakah..- opss, bila nak update tu...)

Tengahari ni kami pi celebrate farewell seorang staf yang akan berpindah.. sedih la pulak. Aku memang jarang join majlis-majlis sedih ni.. haha.. birthday party aku ok.. Tapi ni kena la join kan... rakan satu aras pejabat semua pakat nak pegi..

aku tengah baca menu... ha.. apa yang aku order ek... hehe..

yang diraikan - rashidi (to'beng)




Mujur kesakitan pelvic aku bareable... Boleh sangat nak pi mana-mana, tawaf shopping mall pun boleh 5-6 round.. (err...) hehe...

aku rasa sakit ni akan berpanjangan sampai selepas bersalin kot.. ha, reda je la mak..

Monday 25 May 2015

pelvic girdle pain

sambungan cerita semalam..

Apabila aku dah google, simptom yang aku lalui sama seperti nama istilah perubatannya -- pelvic girdle pain..
Senang lah aku beritahu doctor...

Bila jumpa doctor, kena lah ceramah free sekejap. Dimarah jugak la aku ni, sebab tak hati-hati.. Nak buat macam mana, benda nak jadi. Lalu, scan pun dibuat.. Alhamdulillah kondisi baby semuanya okey.. Cuma aku lah yang tak seberapa okey..

kesakitan aku ni, boleh dirujuk dalam gambar rajah..

Kat bahagian merah tu sakitnya amat-amat. Setiap kali melangkah kaki, nak pijak anak tangga, memang terasa sakit. Tapi bearable lah.. boleh tahan dah setelah 4 hari.. hari kejadian mula-mula tu, nak tukar baring pun azab..

Doctor kata takde ubat. Cuma ada ubat tahan sakit je la. Aku kena banyak berehat, sampai betul-betul hilang sakit. Dah tak boleh lagi nak dukung anak. Angkat beban berat pun tak boleh. Tapi, aku biasa la... selagi boleh nak buat semua. Susah nak harap 100% kat suami je.. Lagi cepat kerja rumah boleh  beres, lagi cepat aku boleh rilex... kann...

Ok la. kira aku sihat lah tu.. Jadi aku pi kerja macam biasa la..

Minggu ni ayah dan ummi aku nak mai Penang. Adik aku no 2 dah dapat bertukar ke sini. Alhamdulillah.. ummi ayah aku nak melawat rumah baru depa anak beranak. Minggu ni dah start musim cuti sekolah.. 2 minggu.. Adik aku tu apply sejak anak no 2 lagi nak ke Penang.. dia kerja JKR KL sebelum ni.. Susah agaknya nak dapat tempat. Alhamdulillah, kali ini rezeki berpihak kepada dia... syukur.. Ada jugak adik aku duk dekat-dekat dengan keluarga kami sekarang ni...

 Aku tak bercadang nak bercuti ke mana-mana school holiday nanti, menunggu jugak la sapa-sapa nak mai bercuti ke Penang... haha.. moh la datang umah akuuu...

Sunday 24 May 2015

birthday aku tahun ni

Happy belated birthday to me.. haha..
Khamis lepas, siap husband amik cuti, semata-mata nak meluangkan masa dengan diri ini sempena hari umur masuk 34 tahun.. hehe..

Cuma.. petang sebelum balik tu, si suami pegi menurut 'panggilan alam' ke toilet.. dan. . Sudah jadi bukan rezeki dia hari tu, terlupa pulak nak check henpon yang diletakkan atas tangki pam tu.. bila nak pegi semula ke sana, dah tinggal kad parking dan kad pintu masuk ke apartment je.. ada baik hati juga dia tinggalkan di situ, kang susah pulak kami nak keluar masuk rumah.. hmm..

Mood suami terus down. Ajak dia tengok wayang pun monyok je.. risaukan what apps kerja2 di site dia.. banyak yang disimpan dalam memori hp je   kira pengajaran gak ni.. kalau ada perkara penting, jangan disimpan cuma dalam hp je.. lain kali buat jugak back up.. senang nak cari semula... haih.. tak syok la pengalaman dating birthday tahun ni . Haha...

Jadi, sebelum balik ambil anak-anak dari taska, dah plan ngan suami nak keluar pegi beli henpon baru. Kena la berganti kan.. sebab isu kepentingan.. nak kerja, kena berhubung dengan orang.. baru muka husband ada senyum..haha..

Sampai rumah pun dah lewat petang, lepas ambil anak-anak, tiba-tiba Fawwaz buat perangai pulak.. suami dan imam dah naik ke lif. Intan sibuk tunggu aku dan Fawwaz yang nak naik tangga. Fawwaz ni meragam dah nampak motorsikal kat tempat parking, sibuk nak bawak naik motor.. aduh. Aku pulak sebab dah penat dan lapar, terus dukung fawwaz. Kat sini la bermula kesakitan aku yang luar biasa...

Aku rasa kat kedua pangkal peha aku sakit menegang sangat-sangat. Tulang pubic aku rasa sakit macam terhentak. Nak melangkah terlalu sakit. Dah macam kena serangan strok. Mujur dah masuk lif time tu...

Sampai kat tingkat atas, syukur suami sedang menunggu.. di dukungkan Fawwaz..dan aku pulak dah dengan susah payah seretkan kaki nak masuk rumah.. aduh. Sakit tak terperi.

Lepas maghrib, aku gagahkan diri masak tomyam je lauk paling senang, nasi. Lepas makan cecepat, kami sekeluarga pun keluar semula..Dalam sakit-sakit pun aku masih nak temankan suami pi beli henpon baru untuk dia.. haha.. alhamdulillah. Selesai.. siap aku pun dapat hadiah birthday sama.. rezeki..huhu

Rupa-rupanya esok pagi, sakit aku lebih worst.. aku langsung tak boleh melangkah.. pegi jugak hantar anak-anak ke taska, tapi nak naik tangga ke opis punya azabbb... ada perhimpunan bulanan lak pagi tu.. kak fida,kak zaini, kak yani bersungguh-sungguh suruh aku balik. Pi klinik. Suruh scan.. aku ni sebab seret-seret kaki agaknya, nampak macam menderita semacam, buat diorang sungguh risau.. haha.. rasa diri ini disayangi.. jadi, aku pun balik la rumah.. pukul 10 pagi dah kat rumah..

sementara tunggu klinik buka, aku google simptom aku ni.. apa sebab aku sakit kat area situ.. bahaya ke tak.. effect kat baby ke.. ke camne..ke hape.. lalu pemerhatian aku dapat la kepada nama sakit ni.. --pelvic girdle pain..

oooo.. baru aku tau. Senang aku nak bagitau doctor apa aku sakit. Takde la karang cakap sakit peha pulak kan..hehe..

Nanti aku strory apa sebenarnya nama sakit aku tu.. ni dah nak masak tengahari pulak..

Nak pi cari kek sat lagi ... untuk anak dara sorang tu..
Happy birthday buat Intan.. ha.. dah 3 tahun umurnya..

Monday 18 May 2015

berjaya sikit...

Alhamdulillah..

Selamat Hari guru, dan hari Jururawat, Hari Ibu.. dan semuanya lah ek.. hehehe..

Pagi tadi nak update semula keputusan HB saya minggu ni.. oh wow.. Saya sudah berada kedudukan selesa semula.. HB --- 11.8
Syukur alhamdulillah...

yang saya tukar pemakanan hanya lah ---
  • saya STOP ambil minyak zaitun minggu lepas.. tapi minyak zaitun bagus untuk pesakit darah pekat, darah tinggi, tinggi kolestrol..
  • saya mula ambil susu kambing Halib.. mbekk...
  • saya minum jus bayam 3 hari.. (asyik habis cepat, letih buat. tapi sangat sedap...hehe)
  • kurma saya up pengambilan pemakanan -  ambil sehingga 7 biji sehari..
  • madu
  • alfalfa homeopathy tonic (sesudu je- baik bagi kesihatan organ)
  • zinc pil ambil 2 biji sehari

eh eh eh... banyak pulak rupanya.. heehee.. Syukur dapat naikkan HB dari 10.7 isnin last week, kepada 11.8 isnin hari ni.. (dalam tempoh seminggu)

HEHE...

#week36

Tuesday 12 May 2015

set bersalin aku pilih


Aku akhirnya beli set berpantang NR..
(tapi bukan set bersalin ya..)
Banyak barang dalam ni yang aku beli secara loose item.. Aku hanya betul-betul nak amalkan apa yang aku (mungkin) boleh guna je.. Tapi boleh juga kalau sapa-sapa yang suka beli set. Basic je la..

Apa yang aku tambah yang takde dalam set ialah
  1. Madu tenaga segar,
  2. Madu Nona harmonis,
  3. Nu3Med,
  4. Serbuk Herbanika Barut (aku ganti yang jenis krim tu.. boleh pakai banyak sikit..)
  5. dan Barra Gel (sebaguna gak ni.. boleh buat feminin wash, shampoo dll)

Apa yang aku tak masukkan walaupun dalam set tu ada ialah :
  1. Uncang cuci - aku akan guna Barra Gel je..
  2. krim Herbanika Barut - aku beli yang serbuk.. (ni kena bancuh dan masak dengan air asam jawa)
  3. Serbuk lulur - aku buang dari dalam set..(haha.. sebab aku tau, nanti aku tak pakai pun..) harga pun dah RM50, rugi lah kan bila tak guna..  Aku ganti ngan serbuk bunga rambai (bedak Ummira) je.. beli RM4.50 je dapat 3 peket (beli kat MYDIN). Fungsi pun sama, buat lulur juga.. cuma mungkin bahan dia tak sehebat Lulur NR la kan...


Jadual pemakanan pun aku dah susun ikut apa yang aku beli je..hehe (ni rujuk ngan consultant NR gak)
kalau nak view, boleh klik kat gambarnye ye..




p/s : moga istiqomah!

HB rendah ka?

Apa tu HB? Apa tu? aha.. ni dia...(The standard blood screening test for anaemia, the haemoglobin count) (Hb level untuk darah)

Sejak pindah ke sini, prosedur lawatan ke klinik agak berbeza dari pengalaman sebelum ni.
Kalau kat Perak, kami cek HB hujung-hujung nak bersalin je.. tapi berbanding di sini, boleh dikatakan hampir setiap kali lawatan klinik kena buat HB test.. (adus.. pedih hujung jari...)

Jadi, boleh la nampak perbandingan HB aku sejak 1st trimester sampailah dah hujung trimester ni... memang drop banyak jugak.. Bayang kan, time buat buku, result HB 13.4... isnin lepas, drop jadi 10.7.. memang panik la misi kat klinik tu.. (dia amik berat tu tau..)

kat study ni ada tulis kadar rendah HB bagi wanita hamil..

Many centers define anemia in a patient who is pregnant as an Hb value lower than 10.5 g/dL, as opposed to the reference range of 14 g/dL in a patient who is not pregnant. Treatment with 1 mg folic acid and daily iron is helpful when deficiencies are noted.

Bila search lagi, dapat info dari website ni pulak..

---But not to worry: Pregnancy-induced anemia is extremely common, especially in the second and third trimesters; with a few minor nutritional adjustments, you can still have a healthy pregnancy.
 Causes--- Here's the rundown on why anemia makes you feel run-down: When you're pregnant, the volume of blood in your body increases by almost 50 percent to support both you and your growing baby. This, in turn, decreases your bloods’ hemoglobin concentration. Since your body needs iron to make hemoglobin, without sufficient iron stores, red blood-cell production slows, along with their energy-boosting oxygen supply. The result? One tired mama-to-be.

OK.. lega di situ. So, perkara ini adalah common iaitu biasa la.. Aku pun dah masuk 3rd trimester kan.. Tapi kena continue makan yang tinggi iron pulak kali ni.. (makanan seperti minyak zaitun aku stop sekejap.. sebab dia bersifat mencairkan darah - baik untuk darah tinggi, tapi mungkin boleh merendahkan HB count aku nanti..- aku try je la stop minggu ni..)

Semalam, gigih la aku pegi econsave untuk cari bahan buat jus Bayam.. hehe.. nak try naikkan HB, sebab minggu depan kena repeat HB test lagi.. kali ni siap kena amik darah lagi tau...
Ni resepi aku hantam sendiri.. sebab ingat-ingat lupa kawan aku bagitau.


JUS BAYAM
Pisang 2 biji
Kangkung RM1 (secekak je- ambil daun semata-mata)
Mangga 2 biji (ambil isi saja)
Madu asli 2 sudu
Chia seed 3 sudu

cara-caranya
  1. Blend daun bayam. Tapis airnya.
  2. Masukkan pisang dan mangga. Blend skali lagi.
  3. Masukkan madu (kalau suka laa)
  4. Tuang dalam jug dan tabur serbuk Chia Seed.
  5. Boleh siap diminum... Atau simpan dalam peti sejuk.

Tahan sehingga 2 hari je dalam peti ais sebab sedap sangat, duk ulang minum.. lalu habis daaa...
Jus ni elok diminum 2 kali sehari, setiap hari... nanti kalau rajin, aku try buat sebaldi terus.. hahaha..

OK.. selain itu, aku tambah jugak minum susu kambing Halib.. ni aku riki dari dalam forum kat website, ada yang cadangkan amalkan minum susu kambing, boleh tingkatkan HB jugak.. So, apa salahnya try jugak kan..

Kalau result next week HB aku naik atau turun, aku update lagi di sini ya!

Saje nak tepek gambo air hijau bayam aku tu.. hehe


(kat tengah-tengah cawan tu serbuk chia seed tu la.. aku tambah sikit dalam cawan sebelum minum)


Monday 11 May 2015

KELAHIRAN SEMULAJADI MENURUT ISLAM - Dr Hafizah Amanulla MD (UKM)

 Seseorang berkongsi artikel ini di FB. Park dulu dalam ni, nanti nak baca.. hehe... (takut hilang lak)

Hasil penulisan Dr Hafizah Amanulla  (Pegawai Perubatan, Pejabat Kesihatan Langkawi) mengenai kelahiran alami & lotus birth (tali pusat luruh tanpa dipotong).

KELAHIRAN SEMULAJADI MENURUT ISLAM

Islam adalah agama dari pencipta seluruh alam semesta dan pastinya kelahiran semulajadi menurut Islam adalah yang terbaik dan memenuhi fitrah manusia.

Dalam soal kelahiran ini ia menjadi sangat lengkap sekiranya aspek kawalan emosi, ketakutan semasa melahirkan , aurat dan pengurangan rasa sakit dapat diambil kira secara syumul.Mengandung adalah proses yang sangat suci kerana penciptaan manusia adalah suatu proses yang sangat suci tidak kira sama ada anak itu anak luar nikah atau anak siapa sahaja kerana semua itu Allah yang menjadikan.

Allah menjadikan kandungan itu berada di dalam sebuah tempat yang dinamakan dengan namaNYA (Ar Rahim), menunjukkan bahawa rahim kita dalah sangat luarbiasa untuk menghasilkan jumlah anak yang unlimited mengikut ketentuannya dan membolehkan vaginal birth after Caesar walaupun selepas beberapa kali operation. Kerana setiap kali roh itu ditiupkan, maka Allah telah menjanjikan kelahiran normal kepada anak itu, tetapi apa yang berlaku hari ini adalah disebabkan semua drugs yang diberikan semasa mengandung , proses kelahiran dan selepas bersalin. Allah juga menetapkan dalam surah Luqman ayat 34:….Dialah yang mengetahui apa yang ada di dalam rahim…Lalu dengan ini Allah menyuruh kita memberikan sepenuh pengharapan kepadaNya dalam keselamatan anak kita. Tapi dunia yang dikatakan moden hari ini menyebabkan kita kurang bergantung kepada Allah.Kehadiran scan menyebabkan orang lebih suka padanya untuk kepastian anak di dalam kandungan itu sihat.

Banyak kajian telah menunjukkan soundwave dari scan itu boleh memusnahkan neuron-neuron saraf janin kita. Setiap kemajuan ada komplikasinya..kerana itu sebenarnya tiada istilah kemodenen tanpa memastikan aspek keselamatan.Dan siapa yang boleh menjamin keselamatan itu? Hanya Allah sahaja, jadi belajar berbaik-baik dengan Allah dari saat ini dalam setiap percaturan hidup kita yang telah diaturkanNya.
Menurut fisiologi kelahiran(labour), hormone yang terlibat dalam menghasilkan kontraksi dan permulaan proses bersalin adalah oxytocin, prostaglandin. Hormon oxytocin adalah hormone yang sangat istimewa kerana dengan rembesannya dapat meningkatkan pain threshold(mengurangkan rasa sakit), menyebabkan susu terus keluar selepas kelahiran, positif minds, meningkatkan sel2 imun dalam badan.etc

Tapi ,mengapa proses melahirkan itu sakit? Hormon oxytocin dirembeskan dalam keadaan lain seperti hubungan sex dan menyusukan anak..tapi kedua2nya tidak menyakitkan ..kerana apa? Kerana ia melibatkan perasaan cinta. Maka dalam melahirkan anak juga haruslah diwujudkan perasaan cinta. Kebanyakan rasa sakit adalah disebabkan persepsi negative dan rasa takut dengan pelbagai kemungkinan. Memori kita ada menyimpan maklumat yang kita baca dari majalah dan surat khabar tentang komplikasi kelahiran dan ini menakutkan kita. Siapa yang boleh menenangkan kita? Allah..kerana Dia yang mencipta kita dan hati kita…pengharapan kita perlu tinggi dan bersangka baik pada Allah, maka Allah akan sentiasa memelihara kita.

Sebagai wanita yang lemah kita mendambakan pertolongan suami, maka suami berperanan penting dalam proses kelahiran. Suami harus mempunyai persepsi yang sama dengan anda untuk melakukan homebirthing ini. Suami-suami yang merasa bertangungjawab sepenuhnya seharusnya berani mengatasi ketakutan dan ini sebenarnya suatu benda yang sangat baru dalam masyarakat kita. Islam datang ke Malaysia selepas perang salib, maka banyak aspek kehidupan yang tidak diubah menurut Islam kerana ilmu itu tidak sampai ke masyarakat kita.

Tetapi Islam telah lama sampai ke China, India dan ilmu lotus birth itu adalah sebenarnya ilmu Islam.Jikalau kita kaji kitab-kitab mereka maka kita akan dapati ada banyak persamaan Cuma mereka terpesong dari segi akidah sahaja dan banyak menggunakan unsure-unsur pemujaan dan kebergantungan dengan benda semulajadi dan ini yang dipandang ulama’ sebagai haraam. Tapi ulama tidak menyediakan alternative lain dan doctor muslim tenggelam dalam duni aperubatan yang penuh kesibukan.

Apa yang anda perlukan semasa sakit kontraksi sudah bermula adalah bilik yang privasi untuk anda dan suami dan sehelai hamparan di lantai (ikut sukalah , hamparan yang mudah dibasuh kemudian). Dan bermulalah proses kelahiran di mana suami akan berperanan untuk mengusap2 dan merangsang isteri secara sangat lembut seperti mukadimah hubungan kelamin, bercium (french kiss) yang melibatkan proses menghisap adalah satu respon semulajadi untuk mengurangkan rasa sakit…( kalau perasan, baby yang tgh ada abdominal colic, dia akan asyik nak menyusu je because sucking can reduce pain) …Buatlah ikut imaginasi suami sendiri untuk merangsang isteri dan sangat digalakkan menggunakan kurma dalam proses ini(kurma ada tannin yang boleh mengelakkan pendarahan selepas bersalin)..air pun harus disediakan jika kita berasa haus.

Apabila ada perasaan yang anak akan keluar (perasaan spt nak hampir klimaks), duduklah di atas hamparan tadi dlm keadaan isteri bersandar di badan suami(menghadap kiblat) . Suami melunjur dan membuka kangkangnya , sementara isteri duduk di hadapan suami , dan kaki dilipatkan ke atas dan mengangkang. Tangan suami memeganag kedua-dua belah kaki isteri. Pada posisi ini proses rangsangan seksual diteruskan dan akhirnya bayi akan keluar. (posisi inilah yang terdapat dalam Quran, tetapi Maryam itu tiada suami, maka dia bersandar di batang pokok kurma). Rujuk surah Maryam ayat 23 hingga 26 dan hayati setiap perkataan yang ada di situ.

Bila bayi keluar, terus dukung dan sisa baki kurma dalam mulut ayah ditahnikkan ke mulut bayi. Seterusnya susukanlah anak dalam keadaan tali pusatnya masih attached dan pada ketika ini bapa azanlah atau iqamah dan teruskan puji2an pada Allah. Seketika nanti uri pula akan keluar secara automatic kerana hasil hisapan tadi merangsang kontraksi uterus untuk detachkan placenta. Sebenarnya untuk pengetahuan semua, tali pusat tidak perlu dipotong sama skali kerana sangat banyak stem cell dalam tu dan itulah sebabnya kita lihat zaman Rasulullah kehebatan sahabat dari segi akalnya , keberaniannya, imannya dan kita lihat tidak terdapat orang Islam sebegitu zaman ini. Itulah rahsia uri. Uri itu akan tercabut dengan sendirinya dalam 48 hingga 72 jam
Berehatlah sementara anak habis menyusu. Selepas itu mandi wiladah bersama2 suami. Seelok2nya ada orang yang memahami , menolong menyediakan air suam untuk mandi dan sebaik2nya gunakan daun2 kayu, limau purut untuk mengembalikan kesegaran badan.

Kalau dilihat dari cara ini , maka tiada timbul sebarang masalah tentang aurat dan kita dapat menjaga syariat dengan baik. Al Quran sepatutnya datang mengubah cara hidup tapi dalam bahagian melahirkan , umat Islam masih ikut tradisi lama, jadi bila datang arus kemodenan, banyak komplikasi dikenalpasti terjadi . Kita kena faham yang teknik menggunakan bidan kampung juga tidak bertepatan dengan Islam kerana konsep aurat tidak dijaga. Teknik saya ini memerlukan seorang suami yang sangat beriman, berani dan natural. Beriman disini bukan bermaksud seorang ustaz, tapi orang yang dalamannya sangat percaya dengan Tuhan.

Konsep Islamic Birth ini tidak dijamin berjaya sekiranya ibu tidak mengawal pemakanannya semasa mengandung. Semasa mengandung minta tolong jangan makan gula putih dan produk yang mengandunginya, garam halus (vacuum salt, iodinized salt) , susu tepung ibu , dan bahan yang dibuat dari gandum. Tolong makan secara semulajadi kerana ini penting dalam memastikan pembentukan salur darah uri dan tumbesaran anak kerana ia berkait rapat dengan kejadian darah tinggi dan kencng manis semasa hamil, juga pengeluaran susu selepas anak dilahirkan (we do not want delayed milk production). Sekiranya terpaksa keluar makan dan makanannya meragukan, ambil sesudu kecil madu asli (jgn guna sudu besi ya) sebelum keluar rumah or dalam 15 min sebelum makan makanan tersebut. Kalau keadaan yang terpaksa, mintalah perlindungan Allah kerana Allah lah yang paling mengetahui keadaan kita.

kurma - Hilang terus cramp kaki.. Alhamdulillah..

Beberapa minggu menanggung kesakitan 'cramp' kaki setiap malam, aku mula mencari insentif membaca beberapa petua pemakanan yang boleh diamalkan untuk mengelak (atau mengurangi) sakit kaki kejung tu..

baca punya baca, aku jumpa la satu link artikel ni..
Dates are very high in potassium, and contain magnesium calcium, sulfur, iron, phosphorous, manganese, and copper as well. All of these nutrients are wonderful for a pregnant woman.


Baca kebaikan buah kurma ni, buat aku teringat la satu petikan ayat ni.. ada kawan aku pernah share kat wall FB.



Jadi, sempena cuti hari wesak, kebetulan adik beradik aku berkumpul kat rumah adik aku yang duduk Shah Alam tu, sebab ada kenduri kahwin. Kami pun amik la peluang untuk singgah ke Mahnaz Food, kilang makanan timur tengah kat Bt Tiga, Shah Alam..

Cadangnya nak beli je kurma di mana-mana pasaraya, lagipun Ramadhan dah nak dekat kan.. Tapi, dah alang-alang pergi sana, boleh la kami borong dengan banyak.. Suami beli sekotak kurma mariyami (6 kg - dengan harga RM150), nanti boleh diagih-agihkan kat kenalan, beli banyak terus..

 (kurma sekotak ni yang kami beli)

Aku simpan dalam bekas tupperware besar terus. Senang ulang makan. Setiap pagi ambil 3 biji, petang makan lagi 3 biji.. Kalau tak pun, lapar-lapar aku makan je lagi.. siap bawak bekalan ke opis.Agih-agih kepada kawan-kawan opis juga.. Semoga semua mendapat kebaikan.

Apa aku perasan, dalam seminggu lepas, sakit cramp kaki malam-malam yang selalu terjadi tu dah tak ada. Subhanallah... sungguh berkat makan makanan sunnah Nabi ni kan.. Amalan makanan lain, masih aku teruskan.. Cuma kurma ni baru ditambah seminggu yang lalu.. (apsal la lambat aku pi beli kurma ni, kan...)

Bila semakin digoogle amalan kebaikan makan kurma ketika pregnancy, banyak lagi study oleh Pakar O&G Barat yang aku jumpa... Malah memudahkan kelahiran..

okey, kena istiqomah dengan kurma selepas ni.. insya Allah..!









Dates are very high in potassium, and contain magnesium calcium, sulfur, iron, phosphorous, manganese, and copper as well. All of these nutrients are wonderful for a pregnant woman. - See more at: http://vitalitynation.com/pregnant-women-dates/#sthash.siwYDPa8.dpuf
Dates are very high in potassium, and contain magnesium calcium, sulfur, iron, phosphorous, manganese, and copper as well. All of these nutrients are wonderful for a pregnant woman. - See more at: http://vitalitynation.com/pregnant-women-dates/#sthash.siwYDPa8.dpuf

Tuesday 28 April 2015

stress..

Sorang student -  lagi 1 markah je nak lulus... Arghh.. mana aku nak kutip markah lagi ni.. nak nolong punya pasal...

Thursday 23 April 2015

Madu Yaman

 Adik ipar, Ayem (adik suami) aku baru je dibawa balik dari Yaman, minggu lepas. Kerajaan Malaysia arahkan balik. Dek kerana suasana di sana yang tidak stabil, maka kebanyakkan pelajar sana diminta pulang. Semua kos ditaja oleh kerajaan. Alhamdulillah, di tempat dia belajar di sana tidak ada gangguan. Tetapi demi keselamatan, dia balik juga la..

Oleh kerana dia balik dalam keadaan tergesa-gesa, sampaikan dia nak bagitau kami bila flightnya, dijangka sampai bila, nak kena ambil ke.. semua dia tak sempat. Jadi, nak bawak balik kiriman untuk keluarga pun apa yang ada je la..tapi, Ayem dapat belikan kami madu yaman. Madu ni di jual dalam kiraan ikut gram. Kami adik beradik dapat lah 300 gram untuk satu keluarga. (Dia beli 7 kg tau... mungkin yang lain untuk kawan-kawan dia kot..)

Sedappppnya...Rasanya, teksturnya dan manfaatnya hanya mereka yg telah 'alami' akan dapat membezakannya.. sangat enak dan nyaman di tekak kerana tiada kandungan air gula spt madu biasa...rasanya pula tidak terlalu manis dan juga tidak cair bair spt air.... tak cukup, tapi segan nak mintak lagi.. muehehehe...

ni gambo madu yang aku letak dalam bekas kaca, nak dibawak ke opis... jimat-jimat makan.. 2 hari je dah suku botol habis..

Madu yaman terkenal sebagai madu terbaik dunia.. kenapa ia digelar madu terbaik....
 

Pertama sekali adalah kawasan nya di pergunungan (wady) yang sangat susah dan mencabar utk diambil sarang dan madunya... kemudian tidak seperti di Malaysia dan di negara lain, istimewa madu yaman ini lebahnya bebas berterbangan secara Liar... tanpa ada kawasan perimeter yang menyekat kebebasan lebah-lebah tersebut jadi ia bukanlah lebah bela seperti di sini. ..sekali lagi bermakna..ia amat mencabar utk dimiliki..begitu juga faktor hujan yang hanya dtg sekali setahun...
 

Paling indah, debunga yang lebah2 di tanah penuh barakah ini hisap datang dari pohon pohon yang berkat seperti pokok tin, zaitun, kurma, saffron dan baanyak lagi... jikalau malaysia pepohonnya seperti debunga biasa dan juga buah buahan tropika...

Disebabkan keberkatan madu dan lebah di bumi hikmah ini maka tidak hairan lah sesetengah madunya menjangkau ribuan ringgit sekilo (wow!) kerana keberkesanannya merawat dan mencegah segala penyakit dlm tubuh. Kalau pak arab, di sebabkan begitu mahalnya madu yaman ini, seorang atuk yang berumur 90 tahun sanggup menyembunyikan madu ini utk kegunaannya seorang sahaja di bawah katil... demi utk memelihara stamina dan kekuatan tubuh beliau...

Madu asli adalah madu yg tiada tarikh luput dan boleh disimpan beribu tahun lamanya tanpa rosak... jadi ambil tahu madu di rumah adalah madu diproses atau tidak...selain dimakan terus madu asli yaman juga boleh digunakan utk tujuan rawatan dan kecantikan spt masker d rambut, wajah, kulit, merawat segala penyakit kulit dgn cara natural remedies dan sebagainya.

Yang petikan di atas tu aku dapat dalam google..



Wednesday 22 April 2015

Bila dah dikatanya risiko..

Aku banyak nak cerita kebelakangan ni.. pasal balik Tepeng, buat puding, projek mewarna kain, kisah memborong pampers... (haha, tu pun nk masuk story ke..) banyak lagi la.. tapi setiap kali, aku takleh nak access masuk dalam blogspot ni. Lepas tu, cerita aku semua dah jadi basi. Aku malas nak ulang semula ingatan. Dah semulajadinya aku ni lemah ingatan.. kikik..

Ok, update perkembangan.. Aku dah mula pergi check up setiap dua minggu. Bila check perut, dua nurse akan buat semakan ukuran, tak jumpa kepala baby.. haha.. sudah! baby masih boleh pusing-pusing tukar posisi. Aku agak risau juga. Tapi buat-buat rilex sudah. Jauh lagi masa nak melahirkan.

Nurse kata, lepas ditekan-tekan perut tu, rasa baby ni agak besar. Huh, yang no 3 hari tu memang dah nak 4 kg pun. Pampers yang kami beli kali ni siap-siap saiz S. Bukan newborn dah. Sebab Fawwaz haritu tak muat! Jadi, nurse agak risau kalau baby kali ni lebih besar lagi... Banyak arahan (err.. nasihat kot) ditulis dalam buku merah tu. Semuanya ulang kali menyebut, nanti baby besar akan menyebabkan ibu koyak besar la.. baby dot dot la.. err... nak buat senarai pun aku takut nak taip..

Ni apa yang Nurse pesan : suruh ke hospital cepat, mungkin kena induce awal supaya baby tak besar sangat.. Kalau failure to progress, lead to ceaser la jawabnya.. grrr... seram...
(RISIKO : baby yang belum sedia untuk dilahirkan - akan diinduce supaya ada contraction untuk mempercepatkan bukaan jalan ibu, selalunya baby akan stress kerana paksaan ini, ia juga mengakibatkan kesakitan bersalin yang teramat sangat buat ibu, ini boleh mendatangkan tekanan darah tinggi buat ibu, koyakkan pada vagina lebih besar kerana ibu meneran akibat menahan sakit dipaksa bersalin... baby yang stress juga akan mengalami penurunan kadar denyutan jantung, menyebabkan baby sukar bernafas setelah dilahirkan, RISIKO : kecacatan otak pada bayi, strok pada ibu..)

Nampak tak - risiko induce dengan sengaja tu? Then, nurse kata sebab tu lah baby besar ni depa nak kurangkan risiko tu dengan Czer jer la.. kurang risiko katanya... huhuhuhu...

Aku nak study lagi pasal ni.. Tak mahu la menanggung risiko tak memasal pulak..
Aku berdoa dengan Allah, hari-hari. Setiap waktu, aku nak bersalin secara vaginal birth. Banyak kebaikkannya kepada ibu, kepada baby.. Tak kisah la aku akan bersalin minggu 41 ke 42 ke kan.. Aku mahu yang terbaik.


Bila dibandingkan dengan anak-anak yang lain, anak ke 3, Fawwaz haritu bersalin 40w3days, banyak kebaikkan yang aku nampak..dah mula bercakap banyak, boleh makan sendiri dengan sudu, (setahun setengah umurnya kini), jarang demam, cepat berjalan, mudah memahami arahan, dan lain-lain lagi laa..Mungkin salah satunya sebab kelebihan bersalin natural ni..

Manakala Imam mudah demam, lahir ketika 38wks, Imam masa tu aku ingat aku dah contractions, sebab anak pertama kan, aku mana la tahu.. diorang terus je masukkan aku ke wad, bukaan takde lagi, tapi aku dah induce dah. Separuh nyawa jugak menahan sakit. Besar sungguh jasa umi melahirkan aku...huhu.. sakitnya induce ni Allah saja yang tahu, Aku ingat aku dah nak mati dah masa tu, siap call umi ayah mintak ampun maaf.. hehe.. Then, masa Intan alhamdulillah lahir 39w4d, dikira cukup term. Air ketuban pecah di rumah lepas sembahyang subuh.. dia ni pun banyak perkembangan positif.. umur baru 2 tahun lebih, dah boleh baca buku bacalah anakku vol1.. Alhamdulillah..

Jadi, base kepada pengalaman-pengalaman ini, aku juga mahukan kelahiran kali ini, biar cukup tempohnya.. biarlah juga secara vaginal birth! Tapi tentunya banyak lagi kena study sebelum nak beranak ni weh... hehe.. anak no 4 pun kena study jugak...hehe (ni bagi aku la..- sebab setiap kelahiran itu unik -  tidak sama..)

Dalam minggu lepas kot, aku terbaca pos seseorang, tentang kawannya selepas vaginal birth - dengan bantuan. Forcep. Dugaan menjadi ibu. Aku tahu, taqdir Allah, tiada siapa dapat menidakkannya. Sekurang-kurangnya aku mahu educate diri. Mengambil tahu semua aspek risiko, sebelum membuat keputusan.. Insya Allah..


Monday 20 April 2015

up semangat..



lekat kat tepi cermin.. moga-moga sekilas terpandang pun, boleh buat kuat semangat.. muehehe..


Monday 13 April 2015

swimming

Bawak anak-anak pegi swimming..

Husband kerjanya supervisor binaan rumah pangsa di sini.. dalam duk keja tu.. hari-hari dia usha blok sebelah yang dah pun ada penghuni. Riki punya riki, tanya dengan boss kat opis, boleh la kalau nak bawak anak-anak menumpang kolam mandi kat situ...

hehe..
so, petang ahad semalam, lepas pulang dari Mydin (kekonon nak shopping sangat kat Mydin kan...), kami singgah lah bersiram di kolam terbabit... imam dan intan siap buat aksi tahan napas sambil menyelam dalam air.. eh.. aku pulak seriau!.. Fawwaz dah macam pro pulak boleh berjalan2 dalam kolam (takat ketiak dia tau..), sekejap-sekejap jatuh.. bursshhh... tercungap-cungap.. pastu sambung jalan-jalan lagi...

aku kalau boleh, nak terjun gak sekali.. tapi ahad semalam ramai sangat orang.. Malu la kan.. hehe.. tengok le len kali..

Malangnya kami tinggalkan henset lak dalam keta.. jadi, entri ini takde gambar.. haha..

Nanti kalau ada masa kami pegi lagi, aku tepek gambo kat sini hokay! Saja la aku tulis pasal ni, sebab nak naikkan mood petang isnin yang lemau.. haha...

Friday 3 April 2015

raspberry leaf tea, minum lagi..


Okey, hari ni dah mula minum teh daun raspberry merah ni..

Amalan meminum air teh dari daun rasberry ni dah lama diamalkan di Eropah sejak dari kurun ke 6 lagi. Google je Raspberry Leaf Tea and pregnancy, banyak info yang keluar..teh ini bukanlah ubat untuk memudahkan bersalin, tetapi disebabkan khasiatnya, teh ini banyak digunakan sebagai minuman tambahan (supplement) bagi ibu-ibu mengandung terutamanya selepas trimester ketiga sebagai persediaan untuk otot-otot rahim bekerja dengan lebih baik ketika contraction (membantu melegakan otot-otot rahim). Tapi ada jugak yang tak pregnant pun amalkan teh ni untuk menghilangkan senggugut.

 Kali ni pengalaman kedua ambil minuman ni.. masa Fawwaz dulu, start minum minggu dalm 37 lebih camtu.. Kali ni saje nak start minggu ke 29 lagi.. secawan sehari je. Setakat ni okey je la.. ada yang kata kesannya boleh bawak kepada false contraction. Jadi, kena pantau had pengambilan teh ni.. Nanti dah masuk 36 weeks, boleh minum sampai 3 cawan sehari pulak..

Antara khasiat teh daun raspberi (from google) :
1. Memudahkan menghadapi gejala lemah di waktu pagi ( morning sickness )
2. Mencegah gusi dari berdarah terutamanya untuk wanita mengandung
3. Mengendurkan otot-otot di sekitar pangkal rahim (uterus) dan pelvis ketika “contraction” bagi membantu proses kelahiran bayi dan juga plasenta. Ia juga mengurangkan pendarahan berlebihan selepas bersalin.
4. Menenangkan rahim ketika peringkat terakhir menunggu kelahiran.
5. Kaya dengan zat besi, kalsium dan magnesium yang mana kandungan magnesium amat membantu dalam menguatkan otot rahim. Ia juga mengandungi vitamin B1, B3 dan E yang amat berguna dalam proses kehamilan.
6. Membantu kesuburan, meningkatkan kandungan susu ibu, mengatur kitar haid, mengurangkan demam dan cirit birit.
7. Membantu mempercepatkan uri keluar secara natural.
8. Membantu mengatasi masalah sukar tidur di akhir kehamilan.
9. Boleh diminum selepas bersalin, sebagai energy drink.

Teh ni jugak boleh diteruskan pengambilannye selepas proses bersalin. Sebab:
1) meningkatkan sistem imunisasi kerana ade kandungan vitamin & mineral.
2) membantu pengecutan semula rahim
3) melawan jangkitan kerana mengandungi agen antibakteria
4) sesetengah nya berkesan sebagai penggalak pengeluaran susu ibu.


Time bersalin Fawwaz di rumah dulu, memang mudah jugak la, dia pulak jenis baby besar, 4kg... minum banyak2 teh ni lepas bersalin supaya elakkan tumpah darah juga.. alhamdulillah berkesan..
jugak...
Adalah diingatkan ye... tak semua orang boleh suka2 minum teh rasberri ni. Jika korang ade gejala seperti kat bawah ni:

1) mengalami proses kelahiran yang cepat bagi kelahiran sebelumya
2) dah dijadual untuk caesarean.
3) mengalami kelahiran secara caesarean pada kelahiran sebelumnya
4) mengalami kelahiran pra-matang pada kelahiran sebelumnya
5) pernah bleeding pada kandungan ketika 2nd trimester
6) mempunyai sejarah ovarian cancer, endometriosis or fibroids pada diri sendiri / keluarga
7) mempunyai komplikasi / masalah kesihatan ketika hamil
8) darah tinggi
9) hamil kembar

Friday 20 March 2015

Taman Arnab

Seronoknya budak-budak ni bila dah ada Taman Arnab kat area sini.. haha.. memula takut. Lepas tu duk pegang arnab tu sampai tak nak lepas pulak.. haih..


3rd trimester

huyey...

hello 3rd trimester..

Minggu cuti sekolah skang ni. Ingat nak pi jalan-jalan, terpaksa batal. Banyak orang. Anak-anak aku kalau pi tempat ramai orang ni, memang lupa ingatan belaka. Seronok sangat. Payah aku nak kejar sorang-sorang.. haha..

Start masuk last trimester ni, seronoknya aku makan. Amboi. Selera sungguh na.. Hehe. Kalau jumpa orang pun rata-rata dah duk meneka baby jantina apa. Dalam senarai bancian, kebanyakkan suka nak teka baby girl. Haha, aku pulak rasa-rasa macam boy. muehehe.. Tak kisah la mana-mana..

Sepanjang check up antenatal ni, dua kali dah buat scan. Yang kali pertama tu nak buat buku merah. nak cek kandungan dalam rahim, minggu ke 9. Yang kali kedua tu nak ukur umur EDD, buat minggu ke 13. Time buat tu takde nampak pun jantinanya lagi. Haaa.. kocik sangat pun. Sampai la ke last trimester ni, takde lagi jadual untuk repeat scan. Mungkin dah nak bersalin nanti ada lagi kot. hehehe.. Jadi, meneka saja lah ye. Kami tak kisah..

Kelas aku dah habis silibus semalam. Yey! tercapai matlamat. Next week buat test. Lemau je budak-budak sekarang ni bila dah hujung-hujung semester. Dalam kepala tu asyik ingat nak balik kampung je.. asal cuti study week, balik kampung.. tah study kat kampung ntah tidak....

Minggu ni nak start survey baju nandong. Haha.. baru nak survey? la... baru minggu ni start baju dah ketat.. perut tak berapa maju ke depan. Baju sebelum ngandung pun muat lagi. Dah sejak azali badan mak gergasi.. haha.. Dapat dua pasang cukup la. Cadangnya yang berkenan di hati, jenis abaya je tu... buleh pakai lepas beranak, masuk koje nanti.. bijak.

Selamat bercuti sekolah semua. Anak-anak aku belum sekolah lagi.. tapi tadika pun cuti jugak.. hehe..

Monday 16 March 2015

pancit

Bagaimana ini terjadi?
aduh...






kekonon nak keluar makan tengahari tadi. Sekali terpandang ke yara depan yang pancit. Makan kat kantin je la gayanya..
Aduh. Tengah panas ni. Nak mintak tolong tukarkan pun tak tergamak. Nama je dah pergi bengkel tukar tayar kereta.. kikik.. haram tak sanggup nak buat. Haha..

Tunggu waktu balik kerja la nanti.. redup sikit.


:(

Friday 13 March 2015

..bila dia mengadu

Biasa pukul 5.15 petang aku dah di depan Taska Comel Bistari untuk ambil kesemua tiga orang budak ngengada tu. Semalam aku lewat sikit. Ada bengkel kimpalan gas, nak habiskan projek minggu ni. Sampai di taska dah pukul 6.00 petang. Kelibat Fawwaz dari jauh nampak dah melilau matanya melalui jaring pintu pagar, sambil kedua tangannya genggam ke tiang gate tu. Serentak dia menjerit bila kereta aku berhenti depan taska.

Gate dibuka cikgu. Dia berlari tak hirau kiri kanan. Zupp.. dalam dakapan aku. Masukkan dia dalam carseat, aku tunggu Intan dan Imam pulak. Kedua-duanya meleret je kaki masuk ke kereta. Dah dalam kereta, Imam bersuara sedih.. "mami.... hari ni Arash taknak kawan Imam..."

Sayu pulak hati aku. Nakal-nakal anak, bila bab dipulaukan kawan ni, aku pun tumpang hiba.. haha.. Aku tanya perlahan.. " Imam kacau Arash ke.. Imam buat apa?"
"Dia marah Imam. Imam tak pukul dia... dia ada barang, Imam Amik.."

Satu-satu dia cerita. Pusing terbalik ayatnya. Aku translate bagi paham. Imam ni, jenis periang, peramah, manja. Suka sangat berkawan. Kalau ada barang mainan, semua dia nak bagi ke kawan. Dia tak faham yang ada sesetengah budak jenis taknak berkongsi mainan. Bagi dia, kalau ada barang mainan, semua boleh main sama-sama.. Mungkin la dalam hal ni, dia ambil kepunyaan kawan dia tu, tapi budak tu tak bagi, dia ambil jugak... hmm..

.."imam, lain kali kalau Arash taknak bagi, Imam jangan ambil ye.. "
.."Ala.. imam nak.."
.."Imam minta elok-elok, lepas dia habis main, Imam minta pulak... ye.."
.."ok.."

Aku kenai mana satu budak Arash ni. Hari tu berlubang dagu Imam ditolak oleh budak Arash ni.. Imam balik tu mengadu kat aku je.. cikgu dia pun taktau... .."Mami, Arash tolak Imam sampai jatuh.. Tapi Imam tak sakit pun..", adeh, dalam lubangnye tu nak, sabar je dia dengan apa yang kawan dia buat kat dia.. kalau la Intan tolak sikit, meraung guling-guling kat rumah...

Imam, (aku pesan dalam hati..)
belajarlah berkawan, belajarlah berdikari, belajarlah tangani emosi, belajarlah bangun sendiri...
Sesungguhnya perjalanan di dunia ni banyak ranjau durinya.. Kutip satu-satu pengalaman..

Ya Allah, peliharakanlah anak-anakku di dunia dan di Akhirat kelak.. Amin...

Thursday 12 March 2015

pernah cuba homeopathy?

Aku baru je mencuba produk homeopathy ni.
Belum boleh nak review keberkesanannya. Bergantung kepada individu itu sendiri kot.

Biasanya pantang-larang pengambilan produk homeopathy ni standard je. Antaranya :
  1. elakkan makan minuman yang mengandungi kaffein seperti kopi, nescafe.
  2. tak boleh letak berdekatan dengan peralatan elektronik, minyak wangi, atau perfume.
  3. tak boleh pegang dengan tangan secara direct.
Ubat ni punya ritual penggunaan ketika bunting ni : (boleh mula start minggu 20)

Minggu 26 - spray 4 picit, ambil pagi dan petang, berturut-turut selama 5 hari. (Aku start isnin, jadi jumaat ni aku stop)
Minggu 30 - tunggu sampai masuk minggu ni, sambung semula aturan.
Minggu 35 - spray 4 picit, ambil pagi dan petang, berturut-turut selama 3 hari.
Minggu 37 & 39 - spray 4 picit, ambil pagi je... berturut-turut selama 3 hari

Ha, selepas tu, ada dua botol lain lak. Cara penggunaan pun beza. Yang aku try ni, botol homeopathy sebelah kanan tu..Yang botol sebelah kiri tu botol spray juga, tapi aku refill peevoo (olive oil) dalam tu. Picit-picit je kat kulit tangan dan perut. Makan pun boleh.