Menu dalam pantang


 Menu ni aku selit kat sini sebab nak kuruih pun, ni bleh dijadikan menu diet gak.. hehe.
Semua ni aku copy paste dari pelbagai sumber dalam google. Bukan aku punya.

PERIA MASAK ASAM 

Bahan-bahan:
200 ml air
5 ulas bawang kecil – dihiris
2 biji peria katak – dipotong nipis
2 sudu besar ikan bilis – dibersihkan
 ½ sudu teh serbuk lada hitam
 ½ sudu makan air asam jawa
Garam secukup rasa 

Cara menyediakan:
a) Masak kesemua bahan sehingga pekat.
b) Kacau rata dan kecilkan api. Tunggu sehingga naik bau. Angkat dan hidangkan. 



PERIA LADA HITAM
Bahan-bahan:
1 biji buah peria - dihiris
200 ml air
100 gm ikan bilis - dibersihkan 2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 batang serai - diketuk
1 sm kunyit hidup - ditumbuk halus
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada sulah
 Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
a) Masukkan semua bahan kecuali peria ke dalam kuali. Jerangkan.
b) Kacau sekali-sekala hingga mendidih.
c) Masukkan peria dan masak lagi hingga empuk.
d) Masakan hendaklah dikacau selalu bila bertambah pekat dan kering. 



PERIA GORENG KELAPA
Bahan:
5 biji peria kecil/1 biji yg besar – dipotong dan direndamkan dlm air garam
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit kunyit
kelapa parut

Cara:
Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Masukkan kunyit dan peria yg telah dipotong. Masukkan kelapa parut dan gorengkan hingga peria lembut sikit tapi jgn terlalu lama.


SUP IKAN TENGGIRI

Bahan:
1 Ketul ikan tenggiri
sedikit minyak bijan
4 ulas bawang putih dicincang
seulas halia diketuk
1 biji tomato
sedikit daun sup

Cara:
Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan. Masukkan air dan tomato. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup. Biar seketika dan tutupkan api.


KERABU PEGAGA

Bahan-bahannya :
Pegaga secukupnya (dipotong ikut kesukaan anda)
1 ulas bawang putih
1 sudu teh lada hitam
i inci halia muda
2 biji bawang merah
50 gram ikan bilis (kalau nak gantikan dengan ikan masin pun boleh juga - tapi ikan masin hendaklah dibakar dulu kemudian dibuang tulangnya)
1 inci kunyit hidup

Cara:
Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, lada hitam dan ikan bilis sehingga lumat.
Goreng kesemua bahan diatas tanmpa minyak. Biarkan sehingga sedikit kering dan angkat. Kemudian gaulkan bahan-bahahn yg digoreng tanpa minyak tersebut dengan pegaga yang telah dipotong. Siap… boleh makan bersama dengan nasi yang masih panas.