Friday 4 December 2015

6 bulan

Telah sampai usianya 6 bulan. Alhamdulillah.

Semalam, aku tukarkan nurserinya. Dah 4 bulan dia dengan nurseri ni. Bila masuk je umur baru, Insyirah mula ada perangai baru.. hehe.. mula asyik meragam kalau dibiar keseorangan. Kasihan pengasuh nak uruskan anak-anak lain.

Baru 2 hari di taska baru.



Aku juga baru seminggu masuk mengajar di semester baru. Harap semangat makin membara la ye. haha.. dah hujung tahun ni. Banyak planning dah difikirkan mesti diatur siapkan..

ok. jom sarapan.

Monday 24 August 2015

batuk berkahak - selsema

Minggu ini minggu demam..

Kasihan Insyirah.. Semalam terlalu mengantuk agaknya.. bila dikejut bangun untuk susu pun menggeliat je tak mahu bangun. Awal pagi tadi, terbangun lapar. Mahu disusukan. Tapi hidungnya tersumbat. Kasihan sungguh. Susah payah nak menyusu disebabkan hidung yang tersumbat. Petua orang lama, letak kunyit hidup kat hidung. Malang kami dah kehabisan kunyit hidup.

Aku perah susu, beri melalui botol. Mahu dia minum. Laju-laju sebab terlalu lapar. Tiba-tiba tersedak. Lalu dimuntahkan segala. Banyak pulak tu. Habis kain dan baju aku. Baju dia habis lencun juga.. kasihannya aku melihat dia... Tapi selepas tu dia lega. Kahaknya keluar sekali dengan muntah tadi. Sambung semula lenanya..

Batuk berkahak. Selsema. Seusia 2 bulan lagi tu. Awal sangat diletakkan di taska. Mudah benar dia berjangkit penyakit dengan budak-budak lain. Aku seboleh-boleh sekali sehari mesti pergi menjenguk dia di taska setiap tengahari.

Kasihan Insyirah.. Mami sampai rasa nak amik cuti lagi untuk awakkkk....

Tuesday 11 August 2015

campur-campur... blurr

Seminggu dah masuk koje semula..

Adik dah sangat behave duk di taska. Takde lagi meragam. Sangat senang hati mami lor.. Awal menjemput awak pulang dari taska je ade sedikit merengek. Dah sampai rumah, berebut abang-abang dan kakaknya nak kiss.. so far, so good.. moga berpanjangan lah hendaknya kesihatan dan kasih sayang mereka adik beradik..

So last week, adik dah check up 2 bulan. Mami dah buat pap smear, dan terus pasang susuk moden.. Oopss.. Implan lah.. kekeke... rancang keluarga. Jumaat pulak sharing session kat Hospital.. Tiba-tiba minggu ni dah sunyik sepi.

Aku baru je dapat jadual waktu. Belum start kelas lagi. Sebab lecturer sekarang masih mahu habiskan silibus sampai ujian 1. Minggu depan baru mula.. minggu ni rilex.. sekejap je la..
Aku tak pasti la orang lain pun macam aku ke ape.. setiap kali aku naik kerja selepas cuti bersalin, otak aku memang blur... haha.. nak mulakan kerja pun tak tahu nak start mana dulu.. kekeke... Jadual dah dapat, aku mulakan dengan buat FRP.. tapi lepas tu, aku sebuk nak buat nota subjek baru ni.. lepas tu aku nak buat slide note, lepas tu google video menarik. Sekali terbukak FB pulak.. lepas tu melagho sampai lapar... haih,.. sungguh tidak produktif!

Jadual pam masih macam biasa, Cuma aku tak ikut sangat. Belum dapat tune lagi. Nak pam pun segan-segan dalam surau tu.. haha.. Ada tragedi dalam sejarah aku pumping susu untuk Insyirah ni. Aku tak tahu lah macam mana aku boleh ter Off suiz deep Freezer kat dapur tu sabtu lepas, habis segala usaha aku menyimpan stok susu frozen aku rosak... Nangis woo.. terus hilang semangat sekejap.. Aku nak buang susu2 tu dalam singki pun sedih-sedih.. risau pun ada.. rezeki Insyirah dah kurang sikit.. Namun, Suami masih gigih memujuk..

perlahan-lahan kena buat semula... tapi nak mulakan dari mana pun aku Blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.... itu je la..

**Aku sendiri dah mula Blurr dengan entri aku ni. Blurrr... sebab dah nak balik koje ni.. dah pukul 5 petang...

Sunday 9 August 2015

post raya...

Seminggu ni banyak sungguh pelawaan open house sana sini.. kami memang suka dan teruja nak pergi. Tapi kalau dah keadaan kami yang sepertinya membawa rombongan ini.. haha.. tau2 je la..

Setiap yang memandang asyik bertanya, kalau2 keempat-empat mereka ini adalah anak aku.. haha. Sebut seperti sinetron indonesia pulak. Kan.. ramai sangat kanak-kanak....

Lalu.. malam tadi, perut aku bagai dicucuk-cucuk jarum.. punya lah sakitnya. Duk ulang alik ke pejabat syaiton tu berapa kali da.. ni baru nak start pam susu.. (takut jugak nanti Insyirah dapat kesan sama.. kasihan nanti..)

Jumaat lepas (7 ogos 2015), aku dipelawa untuk sesi sharing tentang penyusuan susu ibu di Hospital Seberang Jaya. Ni berkaitan tentang ibu yang berkerjaya cuba menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya di tempat kerja. Cabaran dan sokongan pihak majikan bagi ibu2 ni la.. depa mintak cerita sikit... Sebab minggu ini adalah minggu penyusuan susu ibu Sedunia 2015.

Aku betui2 ingat sekadar sharing dalam grup ibu2 saje la.. sebab tu laju2 bersetuju akan hadir. Tapi bila sampai je ke Dewan Mutiara tu kelmarin, mak aih.. sekali dengan Pengarah Hospital pun ada. Siap dengan persembahan dan sketsa, jamuan, semua ada.. Program tahunan agaknya.

Alhamdulillah, walaupun tak berapa bersedia, sekadar berkongsi pengalaman, takde masalah. Terharu jugak.. perjalanan penyusuan kami anak beranak, ada jugak pihak yang mendengar.. kikikik... *seronok sikit*..



Ok. Anak dah bangun. Semua pakat mengamuk. Chow dulu...

Monday 3 August 2015

perasaan aku hebat sikit kali ni-

Fuh. Title tak agak.. kikih..

Hari ni, (baru 2 jam) aku dah start hantar si kecil ke taska. Yes.. baru 2 bulan umurnya. Sebab cuti bersalin aku dah habis. Aku masih punya baki cuti tahunan sebanyak 33 hari lagi. Boleh sangat aku habiskan kalau nak.. kan..

tapi, aku harap, boleh masuk awal ke taska ni, adik boleh biasakan diri.. kalau lewat nanti, makin susah hati mami kalau adik tak mau ke orang lain..

Untuk anak nombor 4 aku ni, lain sikit perangainya berbanding abang2 dan kakak nya sebelum ni. Nur insyirah ni manjaaaaaaa sangat. Nak berdukung je setiap malam.. kalau letak awal2 ke tilam or buaian, dia meraung kuat macam kena gigit dengan mami.. (mami kadang2 memang mau gigit tumit awak dik... haha).  Beza sangat la dengan abang kakaknya.. depa pantang kenyang susu, terus Zzzzz...... Insyirah pulak, dah kenyang, dia nak dakap peluk, baru boleh tidur.. sekali sekala buat perangai genius, sampai ke pagi mami jadi beruang panda - mata lebam sebab tak cukup tidur... huhuhu...

Seminggu ni dia mahu minum dari botol. Aku perah siap2, dia belajar minum botol. Lulus seminggu. Tapi bila dia meraung, aku bagi jugak directfeed. Tu sebab nak hantar juga awal2 ke taska. Tengah mahu minum botol. Nanti dia dah pandai buat tektik nak directfeed, susah la aku..

Tapi.. dah masuk 3 jam awak kat taska ni.. cikgu tak call pun.. okey ka awak kat sana dik.. okey ka adikkk... huhuhu..

Kasik belanja gambar adik sikit..


Berdebar2 menanti hari menjelang petang...

Thursday 2 July 2015

bertabah la bila berpantang di bulan posa ni..

Kami di kampung..
Dah 15 ramadhan.. lagi dua minggu je nak raya.. hehe..
Tepek gambo tiga beradik ni.. adik baby dah tido, takde dalam gambo..

Aduh.. amatlah menguji kesabaran.. berpantang dengan empat kanak-kanak di bawah umur 5 tahun, di bulan puasa pulak tu..haha.. macam la aku berpuasa tahun ni.. opss.. tapi tetap takleh makan macam orang biasa.. kena berpantang.. aku dah start masak sendiri juga.. basuh pakaian sikit-sikit. Tapi kalau terasa seram sejuk sikit, aku cecepat stop. Takut pulak bentan..

Sebenarnya kesian pula nak harapkan pertolongan umi ayah bila mereka berpuasa, letih sudah tentu la.. jadi banyak juga hal dah kena diuruskan sendiri... hal kebajikan aku dan baby aku dah kuat nak uruskan.. hal makan mandi anak2 yang lain, aku dah gagahkan diri buat semua perlahan-lahan.. penat woo.. lagi-lagi bila diorang bergaduh sesama sendiri.. aiyoo...

 Malam pula bukan semuanya indah.. haha.. adakalanya adik baby kalau time dia tak selesa, kena la berjaga sampai 3..4 pagi.. meragam, mata tak mau tido.. perut tak sedap ke.. bersakit pinggang la aku esoknya.. kena bertabah juga... mak anak empat lah katakan.. kena kuat! Semangat kena kental! Insya Allah!

Ni kami menghitung hari lagi 2 minggu nak habiskan sisa2 hidup dalam pantang... hehe... chaiyokkk...

Tuesday 23 June 2015

confinement aku

Hari ni dah masuk 18 hari kami.. alhamdulillah.. so far... kami sihat sejahtera. Setiap malam masih dengan aktiviti Insyirah berjaga sampai ke waktu sahur.. setiap malam pulak tu.. ayoii.. tapi mungkin produk NR yang sedang aku amalkan ni buat aku kekal bertenaga setiap hari.. walaupun tidur malam tak cukup. Good product!

Aku start amalkan Madu Tenaga Segar dah kelmarin. Then, tetiba Insyirah kena ruam. Merah-merah serata badan dia. (Aku sapu minyak Jerselin oil tu, tengok pagi ni dah surut merahnya. Alhamdulillah serasi kot. Boleh teruskan minyak ni). Apa aku nak share pasal Madu Tenaga Segar - lepas aku makan pagi tu, lawas segala darah beku. Keluar hitam berketul. Syukur, darah penyakit lancar bebas dari badan. Tapi kalau Insyirah tak tahan, aku ingat nak ambil selang sehari la. Risau baby panas dalam badan.. nak tau apa itu Madu tenaga segar, kena la rujuk website NR.. hehe..

Sepanjang berpantang ni, setiap hari aku minum air Akar Herbanika, phytonatal, minyak herbanika aku sapu seluruh badan sampai ke kaki.. memang lawas segala sistem perkumuhan aku. Berpeluh2 je.. Haha, dalam hati aku ada menyimpan sedikit angan-angan, moga boleh kurus lah hendaknya lepas berpantang nanti.. kui kui..

Ok. Part tak best dalam pertengahan musim berpantang aku pulak...

Aku ada cerita aku upah confinement lady untuk jaga aku 14 bari berpantang kan....
ni pengalaman aku dengan dia..

Patutnya seronok la ada orang jaga kita kan.. tapi kalau setiap 2 hari, kau asyik cuti.. pastu sambung balik.. pastu cuti lagi.. bagi alasan kereta rosak la.. anak demam la.. dulu masa nak buat deposit, aku ada tanya dah, kalau tarikh aku tu dia tak sesuai macam mana? Siap cakap... takpe.. nanti saya ada back up.. skarang ni, mana back up kau?...

Aku ni dah berpantang macam orang tak berpantang.. tiap kali kau cuti, aku kena buat semua sendiri.. baik aku tak payah upah orang.. serius kecewa... aku ingat kali ni nak jaga badan elok-elok.. tapi sama je jugak macam berpantang sendiri-sendiri.....

Aku kecewa. Rasa nak mintak duit pulang semula je..

Opss.. sori, terlebih emo pulak.. hehe.. kalau sedang berpuasa, harap banyak bersabar baca entri aku ni.. Tapi takpe la. Mungkin sekali ni je la aku amik dia jaga aku berpantang.. tapi kalau tak dikira perangai dia suka amik cuti tu, aku memang puas hati service dia kat aku (urut dia memang best, berlulur pun sangat best, aku rasa macam puteri masa dia mandikan.. bertangas, body stim setiap hari, bertungku setiap hari.. fuh.. seronok..) menu masakan pantang dia setiap hari pun best.. tukar-tukar menu beb...

Tapi kalau etika kerja tak jaga - datang lewat, asyik cuti, dah cemana customer nak cepat sihat... kan...

Ok la.. dah bangun pulak budak kecik ni..

Friday 19 June 2015

kronologi kelahiran

Salam Ramadhan.. (hari kedua umat Islam berpuasa tahun ni).. semoga lepas berpantang daku gigih mengQadho' sebulan berpuasa.. insya Allah!

Hari ni sudah 14 hari kami berpantang. Alhamdulillah.

Masih baru je terasa-rasa sakit contraction tu di sini.. hehe.. Kalau diimbas semula memori tu, instinct seorang ibu tu memang betul luar biasa. Betul!.

Sabtu. 6 June 2015.
Jam 2 pagi aku terbangun dari tidur. Perut terasa mengeras. Aku fikir BH je la. Dalam sakit sikit tu aku try untuk tidur balik. Tapi dia datang semula. Ehh... apakah?.. aku pantau sakit tu dengan kira sela masa dia camne.. mula-mula selang 10 minit sekali. Lepas tu 15 minit sekali. Aku terus terjaga dah. Hilang mengantuk.. sampai pukul 4 pagi, aku bangun terus mandi. Mandi air panas.. hot shower.. fuh.. lega rasa sakit...

Lepas mandi tu, sakit hilang pulak dah.. aku cek jugak kot ada tanda atau 'show' ade ke tak keluar.. tapi takde. Mungkin lambat lagi kot.. aku buat keputusan untuk sambung tidur semula.. sampai la aku terlajak bangun subuh.. haha.. dah subuh gajah pulak. Pukul 7 lebih terbangun..

Kelam kabut kejut suami. Tah kenapa, terkejut bangun lewat ke ape, sakit tu datang balik.. kali ni aku ajak suami ke hospital.. "dah tiba time kot".. aku rasa, kalo suami org lain sure dah melompat cari kunci kereta nak bawak bini ke hospital dah time ni.. tapi suami aku boleh pulak rilek2 cakap nak basuh baju pehtu jemur kain dulu.. adeh.. tak cukup emergency ke sakit aku ni? Tapi aku pun try gak rilekskan diri dengan siapkan si sulong tu mandi.. sebab rasa macam kena gi hospital gak hari tu...

Pukul 10 lebih baru keluar rumah. Time ni kami tak buat keputusan lagi nak ke hospital mana.. hohoho.. banyak sangat hospital kat Penang ni.. Aku bagi cadangan nak bersalin ke Hospital Kulim.. haha (suami macam tak berapa setuju - sebab kami takde sesiapa pun kat sana. Jadi dia kata kalau apa-apa hal, dia nak tumpang tidur ke, nak minta tolong ke, macam susah la..) Tapi hati aku beriya-iya nak anak ni jadi orang Kedah. Haha.. suami layankan jugak permintaan.. maka kami ke Kulim lah pagi tu..

Sampai je kat Hospital Kulim dalam pukul 10.45pagi, suddenly sakit aku hilang. MAGIC!.. disebabkan dah sampai, kengkonon sambil nak tunggu sakit tu datang kembali, Aku ajak suami ke kantin Hospital Kulim tu untuk sarapan. Anak yang sulung dah bising lapar.. sambil tu aku wasap kawan yang dok Kulim. Adiani. Kot dia ada, nak la singgah rumah dia ke.. sekali dia pulak holiday kat kampung.. langsung aku hilang dah sakit contraction time ni.. hehe..selesai breakfast, suami aku bagi cadangan agar kami ke Bertam dulu, ke rumah adik aku. Dia bagi cadangan untuk nak tinggalkan anak sulong tu kat sana. Then, kami tengok keadaan aku camne..kalo emergency, boleh bersalin hospital terdekat di sana je..

ok. Jangan tiru kami.. dah nak beranak baru nak cari-cari hospital.. hoho.. No no no okey! Sila shopping awal-awal hospital mana awak nak deliver.. ni kes suami aku cakap -- "hari tu kita bersalin rumah je kan.. ni kalo takde apa, kita balik bersalin rumah jugak lah" .. haih.. patut le dia tak risaukan aku pun.. pikir bini dia senang nak bersalin mana-mana katanye...

Dalam pukul 11.30 pagi gitu.. kami sampai rumah adik aku tu, tapi diorang bersiap nak keluar dah.. nak hantar pengantin ke Baling. Sepupu kepada adik ipar aku tu kawen hari itu. Alamak.. mana nak letak imam ni? Adik aku pun dah serba salah. Mujur mak mentua dia tak jadi pegi, dia pelawa untuk jaga imam sementara aku gi check kat hospital. Mekasih makcik.. Aku nak sedapkan hati semua, cakap kat depa sakit aku tak kerap dah. Kalau takde apa-apa, (tak jadi beranak) nanti aku ambil semula Imam.. so.. kami ke Hospital Kepala Batas.

Pukul 12 - register.
Misi tanya pasal turun tanda atau sakit, aku jawab sakit dah hilang, tanda apa pun takde lagi. Misi tanya bila due, aku cakap lagi 2 hari, terus diorang tahan aku. Kena admitted ward terus.

Pukul 12.45
Buat VE (Vaginal examination) cek jalan baru bukak 3 cm. Sakit tak consistent.

Pukul 1
CTG - tengok graf contraction dan kondisi jantung baby. Misi bagitau contraction sangat tinggi. Aku ada mula sakit dah. 5 minit sekali. Buat CTG je sampai sejam. Boleh lak dia kata kat aku.. dia terlupa aku dalam bilik ni.. adoii..

Pukul 2.15
Suami nak pi solat. Sebelum tu dia dah bawakkan semua barang beg aku ngan baby dalam bilik.

Pukul 2.30
Aku rasa contraction makin kerap. Dah tahap 2 min sekali. Time ni duk ulang alik ke toilet. Aku minum air banyak-banyak supaya kerap kencing. Petua bukak jalan dengan cepat.

Pukul 2.45
Panggil staff nurse. Pn. Hasmah namanya. Minta tolong dia temankan aku. Tapi dengan lembut dia tolak permintaan aku tu. Kebetulan dia sorang je kena jaga kaunter.. (aku tatau mana pegi nurse yang lain) jadi dia banyak keja nak siapkan. Aku risau pulak duk sorang-sorang dalam bilik wad (lengang beb hospital ni.. Ada 5 orang je ibu time tu. Aku lak duk bilik sorang)..

Pukul 3
Suami aku baru muncul. Terus lega hati ni tengok wajah suami. Haha.. ada peneman.. dikatanya tadi dia gi minum sekejap. Patut la lama. Sakit pinggang yang amat sangat datang time ni. Aku minta dia sapu belakang aku. Dusshhh.. tiba-tiba pecah ketuban. Habis lencun katil wad. Dengan seluar suami pun lencun.. kelam kabut suami panggil staf nurse tadi. Dia datang. Kemudian dia ilang (cari glove rupanya)

"Puan, tolong baring, saya nak cek VE ni.." aku sebenarnya time tu tengah melutut sambil pegang kepala katil. Aku masih atas katil wad. Posisi separuh berdiri. Nak tahan sakit. Sambil tu staff nurse tu memanggil2 rakannya..

Aku cakap le.. "rasa macam kepala baby dah keluar.." tapi suara aku suami je dengar. Dia tolong kabo ke staff nurse tu.. mungkin staff nurse tu tak percaya, dia jawab.. "eh.. cik ingat senang ke nak keluarkan kepala? Mana boleh.. puan, baring puan.. ", suami aku selak kain dari belakang.. (sebab aku membelakangi diorang), terkejut agaknya, nurse cuba keluarkan kepala baby dari posisi aku gitu tu je. Suami aku tadah tangan, sambut separuh badan lagi. Alhamdulillah..

Pukul 3.10
Puteri kami-- anak ke 4 telah selamat dilahirkan.. syukur.. alhamdulillah Ya Allah atas kurniaanMu ini.. semoga menjadi anak yang solehah, penyejuk hati kami.. amin..

Pukul 5
imam datang tengok adik barunya.. hehe.. siap bagi nama adik -- baby Imam --

Esoknya kami discharge. Sehari bermalam.

Tepek gambo adik sebelum botak..
♡ Nur Insyirah Felisha bt Mohamed Iqram
♡3.3 kg
♡3.10 pm @ 6 June 2015 (cuti keputeraan Agong)
♡ anak Penang!


Tuesday 9 June 2015

new journey..

First try..


Sebab sedang menunggu confinement lady yang tak sampai lagi..
Jadi aku siap sedia dengan bekalan untuk adik.. dapat 40 ml saje buat first try.. doa semoga rezeki adik makin bertambah lagi lepas ni.. amin

(Nak share story adik, di lain entry nanti ya...)