Tuesday 23 June 2015

confinement aku

Hari ni dah masuk 18 hari kami.. alhamdulillah.. so far... kami sihat sejahtera. Setiap malam masih dengan aktiviti Insyirah berjaga sampai ke waktu sahur.. setiap malam pulak tu.. ayoii.. tapi mungkin produk NR yang sedang aku amalkan ni buat aku kekal bertenaga setiap hari.. walaupun tidur malam tak cukup. Good product!

Aku start amalkan Madu Tenaga Segar dah kelmarin. Then, tetiba Insyirah kena ruam. Merah-merah serata badan dia. (Aku sapu minyak Jerselin oil tu, tengok pagi ni dah surut merahnya. Alhamdulillah serasi kot. Boleh teruskan minyak ni). Apa aku nak share pasal Madu Tenaga Segar - lepas aku makan pagi tu, lawas segala darah beku. Keluar hitam berketul. Syukur, darah penyakit lancar bebas dari badan. Tapi kalau Insyirah tak tahan, aku ingat nak ambil selang sehari la. Risau baby panas dalam badan.. nak tau apa itu Madu tenaga segar, kena la rujuk website NR.. hehe..

Sepanjang berpantang ni, setiap hari aku minum air Akar Herbanika, phytonatal, minyak herbanika aku sapu seluruh badan sampai ke kaki.. memang lawas segala sistem perkumuhan aku. Berpeluh2 je.. Haha, dalam hati aku ada menyimpan sedikit angan-angan, moga boleh kurus lah hendaknya lepas berpantang nanti.. kui kui..

Ok. Part tak best dalam pertengahan musim berpantang aku pulak...

Aku ada cerita aku upah confinement lady untuk jaga aku 14 bari berpantang kan....
ni pengalaman aku dengan dia..

Patutnya seronok la ada orang jaga kita kan.. tapi kalau setiap 2 hari, kau asyik cuti.. pastu sambung balik.. pastu cuti lagi.. bagi alasan kereta rosak la.. anak demam la.. dulu masa nak buat deposit, aku ada tanya dah, kalau tarikh aku tu dia tak sesuai macam mana? Siap cakap... takpe.. nanti saya ada back up.. skarang ni, mana back up kau?...

Aku ni dah berpantang macam orang tak berpantang.. tiap kali kau cuti, aku kena buat semua sendiri.. baik aku tak payah upah orang.. serius kecewa... aku ingat kali ni nak jaga badan elok-elok.. tapi sama je jugak macam berpantang sendiri-sendiri.....

Aku kecewa. Rasa nak mintak duit pulang semula je..

Opss.. sori, terlebih emo pulak.. hehe.. kalau sedang berpuasa, harap banyak bersabar baca entri aku ni.. Tapi takpe la. Mungkin sekali ni je la aku amik dia jaga aku berpantang.. tapi kalau tak dikira perangai dia suka amik cuti tu, aku memang puas hati service dia kat aku (urut dia memang best, berlulur pun sangat best, aku rasa macam puteri masa dia mandikan.. bertangas, body stim setiap hari, bertungku setiap hari.. fuh.. seronok..) menu masakan pantang dia setiap hari pun best.. tukar-tukar menu beb...

Tapi kalau etika kerja tak jaga - datang lewat, asyik cuti, dah cemana customer nak cepat sihat... kan...

Ok la.. dah bangun pulak budak kecik ni..

Friday 19 June 2015

kronologi kelahiran

Salam Ramadhan.. (hari kedua umat Islam berpuasa tahun ni).. semoga lepas berpantang daku gigih mengQadho' sebulan berpuasa.. insya Allah!

Hari ni sudah 14 hari kami berpantang. Alhamdulillah.

Masih baru je terasa-rasa sakit contraction tu di sini.. hehe.. Kalau diimbas semula memori tu, instinct seorang ibu tu memang betul luar biasa. Betul!.

Sabtu. 6 June 2015.
Jam 2 pagi aku terbangun dari tidur. Perut terasa mengeras. Aku fikir BH je la. Dalam sakit sikit tu aku try untuk tidur balik. Tapi dia datang semula. Ehh... apakah?.. aku pantau sakit tu dengan kira sela masa dia camne.. mula-mula selang 10 minit sekali. Lepas tu 15 minit sekali. Aku terus terjaga dah. Hilang mengantuk.. sampai pukul 4 pagi, aku bangun terus mandi. Mandi air panas.. hot shower.. fuh.. lega rasa sakit...

Lepas mandi tu, sakit hilang pulak dah.. aku cek jugak kot ada tanda atau 'show' ade ke tak keluar.. tapi takde. Mungkin lambat lagi kot.. aku buat keputusan untuk sambung tidur semula.. sampai la aku terlajak bangun subuh.. haha.. dah subuh gajah pulak. Pukul 7 lebih terbangun..

Kelam kabut kejut suami. Tah kenapa, terkejut bangun lewat ke ape, sakit tu datang balik.. kali ni aku ajak suami ke hospital.. "dah tiba time kot".. aku rasa, kalo suami org lain sure dah melompat cari kunci kereta nak bawak bini ke hospital dah time ni.. tapi suami aku boleh pulak rilek2 cakap nak basuh baju pehtu jemur kain dulu.. adeh.. tak cukup emergency ke sakit aku ni? Tapi aku pun try gak rilekskan diri dengan siapkan si sulong tu mandi.. sebab rasa macam kena gi hospital gak hari tu...

Pukul 10 lebih baru keluar rumah. Time ni kami tak buat keputusan lagi nak ke hospital mana.. hohoho.. banyak sangat hospital kat Penang ni.. Aku bagi cadangan nak bersalin ke Hospital Kulim.. haha (suami macam tak berapa setuju - sebab kami takde sesiapa pun kat sana. Jadi dia kata kalau apa-apa hal, dia nak tumpang tidur ke, nak minta tolong ke, macam susah la..) Tapi hati aku beriya-iya nak anak ni jadi orang Kedah. Haha.. suami layankan jugak permintaan.. maka kami ke Kulim lah pagi tu..

Sampai je kat Hospital Kulim dalam pukul 10.45pagi, suddenly sakit aku hilang. MAGIC!.. disebabkan dah sampai, kengkonon sambil nak tunggu sakit tu datang kembali, Aku ajak suami ke kantin Hospital Kulim tu untuk sarapan. Anak yang sulung dah bising lapar.. sambil tu aku wasap kawan yang dok Kulim. Adiani. Kot dia ada, nak la singgah rumah dia ke.. sekali dia pulak holiday kat kampung.. langsung aku hilang dah sakit contraction time ni.. hehe..selesai breakfast, suami aku bagi cadangan agar kami ke Bertam dulu, ke rumah adik aku. Dia bagi cadangan untuk nak tinggalkan anak sulong tu kat sana. Then, kami tengok keadaan aku camne..kalo emergency, boleh bersalin hospital terdekat di sana je..

ok. Jangan tiru kami.. dah nak beranak baru nak cari-cari hospital.. hoho.. No no no okey! Sila shopping awal-awal hospital mana awak nak deliver.. ni kes suami aku cakap -- "hari tu kita bersalin rumah je kan.. ni kalo takde apa, kita balik bersalin rumah jugak lah" .. haih.. patut le dia tak risaukan aku pun.. pikir bini dia senang nak bersalin mana-mana katanye...

Dalam pukul 11.30 pagi gitu.. kami sampai rumah adik aku tu, tapi diorang bersiap nak keluar dah.. nak hantar pengantin ke Baling. Sepupu kepada adik ipar aku tu kawen hari itu. Alamak.. mana nak letak imam ni? Adik aku pun dah serba salah. Mujur mak mentua dia tak jadi pegi, dia pelawa untuk jaga imam sementara aku gi check kat hospital. Mekasih makcik.. Aku nak sedapkan hati semua, cakap kat depa sakit aku tak kerap dah. Kalau takde apa-apa, (tak jadi beranak) nanti aku ambil semula Imam.. so.. kami ke Hospital Kepala Batas.

Pukul 12 - register.
Misi tanya pasal turun tanda atau sakit, aku jawab sakit dah hilang, tanda apa pun takde lagi. Misi tanya bila due, aku cakap lagi 2 hari, terus diorang tahan aku. Kena admitted ward terus.

Pukul 12.45
Buat VE (Vaginal examination) cek jalan baru bukak 3 cm. Sakit tak consistent.

Pukul 1
CTG - tengok graf contraction dan kondisi jantung baby. Misi bagitau contraction sangat tinggi. Aku ada mula sakit dah. 5 minit sekali. Buat CTG je sampai sejam. Boleh lak dia kata kat aku.. dia terlupa aku dalam bilik ni.. adoii..

Pukul 2.15
Suami nak pi solat. Sebelum tu dia dah bawakkan semua barang beg aku ngan baby dalam bilik.

Pukul 2.30
Aku rasa contraction makin kerap. Dah tahap 2 min sekali. Time ni duk ulang alik ke toilet. Aku minum air banyak-banyak supaya kerap kencing. Petua bukak jalan dengan cepat.

Pukul 2.45
Panggil staff nurse. Pn. Hasmah namanya. Minta tolong dia temankan aku. Tapi dengan lembut dia tolak permintaan aku tu. Kebetulan dia sorang je kena jaga kaunter.. (aku tatau mana pegi nurse yang lain) jadi dia banyak keja nak siapkan. Aku risau pulak duk sorang-sorang dalam bilik wad (lengang beb hospital ni.. Ada 5 orang je ibu time tu. Aku lak duk bilik sorang)..

Pukul 3
Suami aku baru muncul. Terus lega hati ni tengok wajah suami. Haha.. ada peneman.. dikatanya tadi dia gi minum sekejap. Patut la lama. Sakit pinggang yang amat sangat datang time ni. Aku minta dia sapu belakang aku. Dusshhh.. tiba-tiba pecah ketuban. Habis lencun katil wad. Dengan seluar suami pun lencun.. kelam kabut suami panggil staf nurse tadi. Dia datang. Kemudian dia ilang (cari glove rupanya)

"Puan, tolong baring, saya nak cek VE ni.." aku sebenarnya time tu tengah melutut sambil pegang kepala katil. Aku masih atas katil wad. Posisi separuh berdiri. Nak tahan sakit. Sambil tu staff nurse tu memanggil2 rakannya..

Aku cakap le.. "rasa macam kepala baby dah keluar.." tapi suara aku suami je dengar. Dia tolong kabo ke staff nurse tu.. mungkin staff nurse tu tak percaya, dia jawab.. "eh.. cik ingat senang ke nak keluarkan kepala? Mana boleh.. puan, baring puan.. ", suami aku selak kain dari belakang.. (sebab aku membelakangi diorang), terkejut agaknya, nurse cuba keluarkan kepala baby dari posisi aku gitu tu je. Suami aku tadah tangan, sambut separuh badan lagi. Alhamdulillah..

Pukul 3.10
Puteri kami-- anak ke 4 telah selamat dilahirkan.. syukur.. alhamdulillah Ya Allah atas kurniaanMu ini.. semoga menjadi anak yang solehah, penyejuk hati kami.. amin..

Pukul 5
imam datang tengok adik barunya.. hehe.. siap bagi nama adik -- baby Imam --

Esoknya kami discharge. Sehari bermalam.

Tepek gambo adik sebelum botak..
♡ Nur Insyirah Felisha bt Mohamed Iqram
♡3.3 kg
♡3.10 pm @ 6 June 2015 (cuti keputeraan Agong)
♡ anak Penang!


Tuesday 9 June 2015

new journey..

First try..


Sebab sedang menunggu confinement lady yang tak sampai lagi..
Jadi aku siap sedia dengan bekalan untuk adik.. dapat 40 ml saje buat first try.. doa semoga rezeki adik makin bertambah lagi lepas ni.. amin

(Nak share story adik, di lain entry nanti ya...)

Monday 1 June 2015

beg hospital aku..

Selamat berholiday semua..
Lama pulak cuti sekolah ni kan.. dua minggu.. yey!

Tapi aku tak cuti la.. sebab bukan koje cikgu sekolah.. hehe.. Kat opis ni pun ramai gak yang tak cuti.. next week kot. Tapi kebanyakkannya dah hantar anak-anak ke program, kem cuti sekolah...

Aku pun dah mula buat beberapa persiapan.. hehe.. menjelang kedatangan orang baru. Minggu ni dah 38 weeks plus. Kalau takde masalah, dah boleh bila-bila masa je mulai sekarang.. cuma aku harap, biarlah hujung minggu depan pun kalau paling awal.. haha.. nak merasa berjalan sana-sini lagi...

Segala keperluan berpantang, Alhamdulillah sudah ada. Keperluan baby pun siap. Cuma beg ke hospital belum siap. Target barang penting je..

beg aku  : toiletries, tuala, pad nightflow, stokin, minyak panas, underwear, kain batik 2 pasang, baju 2 helai (selalunya pakai uniform hospital je), tudung 2 helai. Sudah. (Haa, buku merah jangan lupa bawak ~ moga-moga belum tamat tempoh.. lalala~)
Makanan snek, aku nak bawak kurma dan air botol masak. Selalu aku beli milo kotak je. Malas nak bancuh dalam wad.

beg baby : kain lampin 3 helai (buat selimut/bedung/kain lap/lapik kepala), baju butang depan 3 helai. pampers, tuala mandi, minyak vco, dan baby wipes utk cuci bontot..

Selalunya tu je. sebab baby nurse yg mandikan. tak perlu sabun. mitten booties pun aku tak pakai, sebab bedung. Kalau sihat takde masalah, sehari tu je dah keluar wad.

Aku respek jugak la bila bukak blog-blog bakal mommy kat luar sana yang sampai prepared beg troli AF tu untuk diri sendiri, pastu ada satu beg lain untuk baby.. hoho.. suami aku yang kena angkat beg. Jadi aku cuba taknak susahkan dia.. (ecececeh..)

Dalam mind set aku, taknak duduk hospital lama-lama.. haha.. jadi beg aku cuma beg shopping tesco tu je la... haha.. siap boleh share baby dan ibu lagi. Setel.

Anak-anak, aku plan nak hantar ke kampung sebagai persediaan. Maklum lah, kut kalau kena pegi hospital awal pagi ke, tengah malam ke, mana pulak nak angkut diorang sekali kan. Meragam pulak. Ummi aku tak perlu susah nak datang sini...  lagipun, ayah aku dan adik ada kat kampung untuk membantu. Allah.... rindunya la nak tinggalkan anak-anak.. (dekat je kampung aku - sejam setengah perjalanan..)


.....


dua budak yang dikirimkan... huhuhu...