Monday 24 November 2014

penuhi hari mu dengan emosi~ lalalala

Aku menghantar anak dan suami ke bas stesen Butterworth. Sayu je memandang wajah-wajah kesayangan. Tiap kali, hati rasa berat sangat. Kelopak mata jadi mudah sangat bertakung, dan memaparkan ilusi berkaca-kaca. Hati aku rasa pecah. Betapa beratnya perpisahan ini untuk ditanggung lagi dua minggu lagi. Aku terlalu mengikut emosi, sedangkan ramai lagi yang lebih berat dugaannya.

Longlai kaki ini melangkah pergi meninggalkan mereka. Baru sesaat, sudah seperti bertahun. Kalau diikutkan nafsu dan singkatnya akal, tentu tak pergi kerja la minggu ni. Ambil cuti.. silap-silap mau pencen terus! Ohoi!

Cabaran hidup masakini.
Bila sembang dengan emak sendiri, katanya zaman dia dulu lagi sangat susah. Naik van takde aircond. Rumah dan tempat kerja sangat jauh. Basuh baju pakai tangan. Anak kecil berkain lampin, maka penuh la ampaian kain kalau dibasuh kain-kain lampin tu.. Kewangan pulak sangat ketat. Ramai orang dulu-dulu takde transport. Kena naik bas. Naik kenderaan awam. Orang sekarang katanya hebat. Semua sudah sedia depan mata. Macam-macam kemudahan dah sedia ada. Setiap rumah pastinya ada mesin basuh. Pastinya hiburan seperti internet dan ASTRO ada. Anak kecil tidur malam amat selesa, semuanya berpampers, bilik pastinya dengan aircond. waa.. hebatnya perbandingan..

Aku tak mahu berdebat tentang orang dulu vs orang sekarang depan-depan emak aku. Jadi aku hanya boleh luahkan perasaan aku di sini. Luahkan perasaan je la..bukannya aku melawan cakap mak aku pulak.. Masing-masing ada cerita yang tak semua orang mengalaminya. Siapa tahu, dalam senang orang sekarang, mereka lebih terikat dengan bebanan yang orang dulu tak pernah merasa?

Ambil contoh tentang nilai RM. Kalau dulu, dengan hanya RM50 dua troli Giant supermarket tu ayahku mampu penuhkan. Tapi, zaman aku pulak, RM50 tu hanya sebakul je penuh. Nilai gaji masih tak jauh beza ngan nilai gaji 20 tahun yang lepas. (pendapat aku la- sebab ayah aku punya gaji sama je ngan gaji aku sekarang - walaupun dia seorang technician - eh, aku tak mau persoal pasal bayaran gaji di sini..)

Bagaimana pula dengan yuran taska yang meningkat, makan pakai lagi, disebabkan orang sekarang semua sudah berkenderaan, kena gak fikir loan bulanan kereta, minyak, tol, service kereta dsb.... belum masuk hal pendidikan anak-anak, kalau nak anak-anak lebih-lebih pandai, kena hantar tusyen.. Cikgu sekarang terlalu banyak bebanan kerja nak buat, jadi kena bantu cikgu dalam urusan pelajaran anak-anak juga.. supaya ranking sekolah tak jatuh..cikgu stress, mak pak pun stress...

Untungnya zaman emak aku dulu, kami tak perlu pergi tusyen. Cikgu sekolah kami tak stress ditimpa bebanan kerja seperti cikgu-cikgu sekarang. Cikgu kami ada masa untuk membuat kelas tambahan percuma yang menjimatkan duit ayah aku. Begitu juga taska. Emak aku bertuah, zaman dulu, orang melayu tak memilih kerja (mungkin peluang pekerjaan tak banyak?), jadi jiran-jiran tetangga ramai anak dara yang belum bekerja boleh diupah menjaga kami adik beradik. Zaman sekarang ni, aduhai.. susahnya nak cari pengasuh (di tempat aku la.. tempat lain aku tak survey!).. Kebanyakkannya- nenek-nenek.. aku pun tak sampai hati nak mengupahnya. Mungkin ada pengasuh yang masih muda- tapi tentulah sold out macam keropok lekor goreng panas-panas! Jadi, taska selalu jadi pilihan aku.

Sekarang jugak dah ada cabaran baru, anak aku yang baru setahun lebih tu juga dah pandai berebut smart phone dengan abang-kakaknya. Aku tak semudah itu nak benarkan diorang gunakan teknologi terbaru ini. Sudah awal-awal aku tak pernah install apps yang aku tak mahu. Sekadar whats apps, FB je ado.. Diorang berebut tengok video yang dikongsi dalam what apps je la.. Itu cukup 3 minit saja okey! Mujur zaman emak aku dulu takde lagi teknologi seperti ini. Kalau tidak, tentu kami adik-beradik jadi kera sumbang dengan masyarakat... kihkih.. (Bahaya teknologi ni kalau kita tak gunakan ke jalan yang betul..)

Cabaran aku yang terbaru sekarang ni, kena hadapi lagi sekali detik-detik perpisahan sementara ini.. ohoi! Dan disebabkan kami PJJ, maka kewangan kami juga sekarang ini sangatlah ketat. Jadi, tentulah nampak juga bagaimana susah orang dulu, dengan susah orang sekarang, kan.. masing-masing hidup dalam cabaran zaman masing-masing...

Maka, bersabarlah wahai hati....
(luahan hati ini takde kena mengena dengan hasutan ke atau ketidakpuashatian aku terhadap mana-mana pihak..)

P.S : Ampun Ummi.. hehehe.. kaklong cuma luahkan perasaan je taw.. kikik..

Thursday 20 November 2014

L A M B A T

Pagi ni aku lambat.


Takde la sampai lewat. Cuma hari ini lambat dari semalam. Silap aku, sebab tak buat persediaan awal malam tadi. Jadi pagi ni sangat kelam kabut. Tidur semalam Fawwaz tidak nyenyak. Mesti kat taska dia banyak tidur ni. Faktor gangguan tidur mungkin penyebab aku lambat hari ni.

Aku tak suka datang lambat. Ia akan buat aku gelisah, semua perkara, time macam ni la banyak yang terlupa. Tertinggal duit ke, tertinggal hp ke, kunci kereta dan sebagainya. Eleh.. tapi sebenarnya aku dah semakin sebati lak ngan perangai kelambatan aku sekarang ni.. Jadi masalah aku ni bukan baru dialami..

Dulu zaman aku sekolah dulu, kami adik-beradik akan ke sekolah dengan van ayah. Semua yang masih bersekolah akan bertolak pagi tu serentak. Biasanya ayah aku akan hantar adik-adik aku yang sekolah rendah dulu, sebab sekolah diorang terletak depan sekolah aku. Sekolah aku kat belakang sikit. Aku ingat lagi, seberapa awal sekalipun aku dah bersiap, dengan pakej siapkan adik-adik aku sekali, (fauzan, fadz, Nash, Ali dan anak-anak sepupu aku 2 orang lagi), ayah aku tetap la nak jugak keluar rumah lagi 15 minit sebelum jam loceng sekolah aku berbunyi!

Ayah aku ni, rutin dia pagi-pagi mesti nak sidai kain dulu dan masak sarapan ringan untuk kami. Jadi, aku ni dah bangun pagi-pagi settelkan semua hal dia-- sampai siap semua beg sekolah dan pakaian adik-adik aku yang kecik. Ayah aku tetap nak keluar umah lewat. Dia akan mundar-mandir depan belakang, atas bawah (rumah kami 2 tingkat), sampai la ke waktu yang dia nak keluar hantar kami.... Sigh.... (frust tau)

Cobaan seperti itu aku buat beratus-ratus kali, tetap jugak -tak pernah aku berjaya sampai sekolah 15 minit awal. Selalu mesti ngam-ngam loceng sekolah bunyi time aku depan gate... fuhhh... berlari kuak lentang la aku nak sampai ke pintu kelas, nak letak beg! Lepas tu nak lari beratur kat Tapak perhimpunan lagi.. Sebenarnya aku teringin betul nak makan nasik lemak makcik kantin pagi-pagi sebelum masuk kelas... *impian tak pernah tercapai.....

Kekadang aku teringin nak naik bas sendiri je pegi sekolah.. jarak sekolah ngan rumah aku 7km je.. Tapi mak aku cakap, duit harian yang aku dapat tu pakej sekali ngan belanja aku satu hari. Kalau naik bas, aku kena guna duit belanja tu.. Oh No!.. Maka, sehingga aku tamatkan riwayat zaman persekolahan , aku memang pelari pecut nak masuk ke kelas.. memang tak merasa la nasik lemak idaman kelabu itu.. Kalau tetiba aku memerut pagi tu, terus aku nyorok je la dalam toilet sampai abih waktu perhimpunan.. kehkehkeh..

Letih beb.. aku memang tak suka terkejar-kejar.. Baik aku tak datang terus, daripada lambat sampai.. So, hari ni, aku rehat banyak la... sebab aku letih. Jadi, aku ada masa nak merepek menda ni.. hehe..

Wednesday 19 November 2014

Aku sudah di sini..

OK. Entri kali ini aku nak bahasakan diri sebagai 'aku'..
Santai sket kot. Fefeling nak bebahasa secara rojak pulak.. ewah!

Dah 2 minggu aku kat Utara. Maknanya telah 2 minggu jugak aku meninggalkan bumi bertuah Tanjong Malim.. (alahai kenangan tercipta penuh memori indah di sana..) Sejak zaman gadis, sehingga lah zaman beranak pun di sana..

(kredit tu : gugel) memori kampung PSAS...opss


Aku mulakan cerita mengenai hari perpisahan aku lah.. Sebenarnya aku chaw gitu je. Bukan ada sakit hati ke ape ke. Sejarah riwayat hidup aku ni memang tak suka la dengan menda-menda perpisahan ni. Dulu tahun 2006, aku pernah keluar kejap dari PSAS sebab nak sambung belajar, aku memang pergi camtu je la. Takde la nak buat majlis perpisahan ke kan. Sebab, niat memang nak balik semula ke sana nanti. So, diorang akan jumpa aku lagi la.. hehe aku cuti kejap je.. 3 tahun masa tu.

Jadi, last 2 weeks, aku hilang camtu je, ade la beberapa kawan ni tanya.. 'senyap-senyap je kau hilang'.. aku tak bermaksud nak hilang pun.. sama je la - alasannya sama aku macam sekarang ni, aku harap aku boleh bila-bila masa pergi lagi jumpa mereka di sana bila ada kelapangan nanti..

Ok, tentang hal di sini...

Mula-mula lapor diri, biasa lah jadi orang baru.. nervous sangat. Maklum lah aku sorang je lapor diri ke PSP ni. Semua hal dan urusan aku buat sendiri-sendiri. Kalau ada geng, best la nak pegi mana-mana sama-sama.. Mujur jugak BuahHati sanggup cuti hampir seminggu menemani aku kat sana.. LuvU. Lepas tu BuahHati kena balik kerja semula di SB sampai hujung tahun ni. Aduh satu penyiksaan! Sabar lah ye. Bersusah-susah dahulu, semoga senang-lenang kemudian hari nanti..

Urusan rumah memang agak runsing. Last minute owner pertama yang kami dah bayar deposit tiba-tiba membatalkan sewaan rumah just 2 days before kami hantar lori barang kami! Kalut bukak laman Mudah.com mencari rumah sewa yang baru. Mujur lah owner kali ini sanggup terima. Bukan mudah tau. Sebab namanya rumah baru - lampu mentol sebiji pun belum pasang lagi. Banyak kerja nak buat!

Jadi, Imam ngan Intan terpaksa lah berpisah sementara ngan mummy and daddy buat masa ni.. InsyaAllah, we'll reunite later early December nanti. Amin. Fawwaz je duduk di sini bersama aku. Aku jumpa Taska yang dekat dengan PSP. Senang aku yang bujangan sementara ni nak mengambil dan hantar setiap hari.

Pasal subject pulak - aku dapat subject yang baru. Alhamdulillah. Rakan-rakan di sini dan PSAS banyak membantu dari segi ABBM. thanx so much! Doakan saya buat yang terbaik demi masa depan anak bangsa...!

erm.. banyak aku nak cerita. Dah jadi entri caca marba pulak.
Later lah aku sambung. Ok..
ni pun entri dah nak masuk hujung tahun.. yawww.. Ampunn..