Monday 24 August 2015

batuk berkahak - selsema

Minggu ini minggu demam..

Kasihan Insyirah.. Semalam terlalu mengantuk agaknya.. bila dikejut bangun untuk susu pun menggeliat je tak mahu bangun. Awal pagi tadi, terbangun lapar. Mahu disusukan. Tapi hidungnya tersumbat. Kasihan sungguh. Susah payah nak menyusu disebabkan hidung yang tersumbat. Petua orang lama, letak kunyit hidup kat hidung. Malang kami dah kehabisan kunyit hidup.

Aku perah susu, beri melalui botol. Mahu dia minum. Laju-laju sebab terlalu lapar. Tiba-tiba tersedak. Lalu dimuntahkan segala. Banyak pulak tu. Habis kain dan baju aku. Baju dia habis lencun juga.. kasihannya aku melihat dia... Tapi selepas tu dia lega. Kahaknya keluar sekali dengan muntah tadi. Sambung semula lenanya..

Batuk berkahak. Selsema. Seusia 2 bulan lagi tu. Awal sangat diletakkan di taska. Mudah benar dia berjangkit penyakit dengan budak-budak lain. Aku seboleh-boleh sekali sehari mesti pergi menjenguk dia di taska setiap tengahari.

Kasihan Insyirah.. Mami sampai rasa nak amik cuti lagi untuk awakkkk....

Tuesday 11 August 2015

campur-campur... blurr

Seminggu dah masuk koje semula..

Adik dah sangat behave duk di taska. Takde lagi meragam. Sangat senang hati mami lor.. Awal menjemput awak pulang dari taska je ade sedikit merengek. Dah sampai rumah, berebut abang-abang dan kakaknya nak kiss.. so far, so good.. moga berpanjangan lah hendaknya kesihatan dan kasih sayang mereka adik beradik..

So last week, adik dah check up 2 bulan. Mami dah buat pap smear, dan terus pasang susuk moden.. Oopss.. Implan lah.. kekeke... rancang keluarga. Jumaat pulak sharing session kat Hospital.. Tiba-tiba minggu ni dah sunyik sepi.

Aku baru je dapat jadual waktu. Belum start kelas lagi. Sebab lecturer sekarang masih mahu habiskan silibus sampai ujian 1. Minggu depan baru mula.. minggu ni rilex.. sekejap je la..
Aku tak pasti la orang lain pun macam aku ke ape.. setiap kali aku naik kerja selepas cuti bersalin, otak aku memang blur... haha.. nak mulakan kerja pun tak tahu nak start mana dulu.. kekeke... Jadual dah dapat, aku mulakan dengan buat FRP.. tapi lepas tu, aku sebuk nak buat nota subjek baru ni.. lepas tu aku nak buat slide note, lepas tu google video menarik. Sekali terbukak FB pulak.. lepas tu melagho sampai lapar... haih,.. sungguh tidak produktif!

Jadual pam masih macam biasa, Cuma aku tak ikut sangat. Belum dapat tune lagi. Nak pam pun segan-segan dalam surau tu.. haha.. Ada tragedi dalam sejarah aku pumping susu untuk Insyirah ni. Aku tak tahu lah macam mana aku boleh ter Off suiz deep Freezer kat dapur tu sabtu lepas, habis segala usaha aku menyimpan stok susu frozen aku rosak... Nangis woo.. terus hilang semangat sekejap.. Aku nak buang susu2 tu dalam singki pun sedih-sedih.. risau pun ada.. rezeki Insyirah dah kurang sikit.. Namun, Suami masih gigih memujuk..

perlahan-lahan kena buat semula... tapi nak mulakan dari mana pun aku Blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.... itu je la..

**Aku sendiri dah mula Blurr dengan entri aku ni. Blurrr... sebab dah nak balik koje ni.. dah pukul 5 petang...

Sunday 9 August 2015

post raya...

Seminggu ni banyak sungguh pelawaan open house sana sini.. kami memang suka dan teruja nak pergi. Tapi kalau dah keadaan kami yang sepertinya membawa rombongan ini.. haha.. tau2 je la..

Setiap yang memandang asyik bertanya, kalau2 keempat-empat mereka ini adalah anak aku.. haha. Sebut seperti sinetron indonesia pulak. Kan.. ramai sangat kanak-kanak....

Lalu.. malam tadi, perut aku bagai dicucuk-cucuk jarum.. punya lah sakitnya. Duk ulang alik ke pejabat syaiton tu berapa kali da.. ni baru nak start pam susu.. (takut jugak nanti Insyirah dapat kesan sama.. kasihan nanti..)

Jumaat lepas (7 ogos 2015), aku dipelawa untuk sesi sharing tentang penyusuan susu ibu di Hospital Seberang Jaya. Ni berkaitan tentang ibu yang berkerjaya cuba menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya di tempat kerja. Cabaran dan sokongan pihak majikan bagi ibu2 ni la.. depa mintak cerita sikit... Sebab minggu ini adalah minggu penyusuan susu ibu Sedunia 2015.

Aku betui2 ingat sekadar sharing dalam grup ibu2 saje la.. sebab tu laju2 bersetuju akan hadir. Tapi bila sampai je ke Dewan Mutiara tu kelmarin, mak aih.. sekali dengan Pengarah Hospital pun ada. Siap dengan persembahan dan sketsa, jamuan, semua ada.. Program tahunan agaknya.

Alhamdulillah, walaupun tak berapa bersedia, sekadar berkongsi pengalaman, takde masalah. Terharu jugak.. perjalanan penyusuan kami anak beranak, ada jugak pihak yang mendengar.. kikikik... *seronok sikit*..



Ok. Anak dah bangun. Semua pakat mengamuk. Chow dulu...

Monday 3 August 2015

perasaan aku hebat sikit kali ni-

Fuh. Title tak agak.. kikih..

Hari ni, (baru 2 jam) aku dah start hantar si kecil ke taska. Yes.. baru 2 bulan umurnya. Sebab cuti bersalin aku dah habis. Aku masih punya baki cuti tahunan sebanyak 33 hari lagi. Boleh sangat aku habiskan kalau nak.. kan..

tapi, aku harap, boleh masuk awal ke taska ni, adik boleh biasakan diri.. kalau lewat nanti, makin susah hati mami kalau adik tak mau ke orang lain..

Untuk anak nombor 4 aku ni, lain sikit perangainya berbanding abang2 dan kakak nya sebelum ni. Nur insyirah ni manjaaaaaaa sangat. Nak berdukung je setiap malam.. kalau letak awal2 ke tilam or buaian, dia meraung kuat macam kena gigit dengan mami.. (mami kadang2 memang mau gigit tumit awak dik... haha).  Beza sangat la dengan abang kakaknya.. depa pantang kenyang susu, terus Zzzzz...... Insyirah pulak, dah kenyang, dia nak dakap peluk, baru boleh tidur.. sekali sekala buat perangai genius, sampai ke pagi mami jadi beruang panda - mata lebam sebab tak cukup tidur... huhuhu...

Seminggu ni dia mahu minum dari botol. Aku perah siap2, dia belajar minum botol. Lulus seminggu. Tapi bila dia meraung, aku bagi jugak directfeed. Tu sebab nak hantar juga awal2 ke taska. Tengah mahu minum botol. Nanti dia dah pandai buat tektik nak directfeed, susah la aku..

Tapi.. dah masuk 3 jam awak kat taska ni.. cikgu tak call pun.. okey ka awak kat sana dik.. okey ka adikkk... huhuhu..

Kasik belanja gambar adik sikit..


Berdebar2 menanti hari menjelang petang...