Wednesday 4 March 2015

pagi yang free..

Minggu ni dah turn rakan lain yang ambil alih amali bengkel. Alhamdulillah, free sampai ke final untuk pagi rabu setiap minggu selepas ni.. huyey!

Selepas sarapan secara santainya tadi, bertemu Kak Nik di tangga. Sudah masuk 4 bulan kandungannya, tapi perut dah kelihatan seperti sudah 7-8 bulan.. bertuah badan. Hehe. Mudah dapat perhatian, mudah didahulukan apa jua urusan. Kak Nik mengambil masa agak lama untuk menikmati dunia seorang ibu. 12 tahun perkahwinan, setelah rawatan dengan Dr Hamid, dia melahirkan cahayamata pertama pada tahun 2012. Kini hamil lagi buat kali kedua- yang miraclenya ialah kali ni secara natural. Kuasa Allah. Walaupun dalam risau jugak la, sebab faktor umur dah 40 tahun. Tapi, ni lah rezeki Allah kurniakan.

 Kak Nik berkongsi cerita, seronoknya hamil, bila ramai memberi perhatian kepadanya. Kalau naik bas ke tren ke, sure dapat duduk. Kalau beratur ke toilet, orang bg dia dulu, kalau penat, ada orang tolong angkatkan barang.. ha.. manja tau! Semoga kandungan Kak Nik ni sihat sehingga melahirkan.

 Cerita macam mana Kak Nik boleh hamil kali ni, ada kesahnya juga.. Masa tu kami sama-sama ke Tesco untuk membeli satu produk dalaman wanita. Kak Nik dapat cerita, seorang lagi rakan kami, Kak Kin juga hamil walaupun dah berumur 40 tahun. Anak yang bongsunya masa tu dah 9 tahun pun. Maka, kak Nik pun tanya lah apa rahsia Kak Kin.... Kak Kin kongsi cerita, dia takde lah nak plan preggy lagi, sebab anak pun dah besar-besar, tapi tak juga menolak rezeki Allah tu... Rupa-rupanya dia baru amalkan produk tu sebulan je, tup-tup period tak datang-datang. Bila check, dah ada isi. Bersemangat Kak Nik nak mencuba. Mengharap juga kalau ada rezeki..

Kalau dah Allah izinkan, memang akhirnya dia berjaya hamil. Juga setelah amalkan produk tu dalam sebulan.. (aku tak mempromote apa-apa produk ye..), mungkin juga Kak Nik ada amalkan petua lain, aku tak pasti la... tapi memang kami sama-sama pi beli bulan tu, bulan depannya dia pregnant... Alhamdulillah.

Tapi, 2 minggu selepas Kak Kin share cerita tu, dia keguguran pula... Tak ada rezeki. Kak Kin pun okey je. Dia siap berpantang selama 2 minggu.. dan Kak Nik setelah tahu dirinya hamil, juga ambil cuti rehat 2 minggu demi kesihatan kandungan...

Kenapa aku bercerita pulak pasal Kak Nik? hehe.. aku pun tatau.. haha

(Aku rasa entri aku pagi ni agak lemau.... baru lepas sarapan weh.. belum ada story lagi pagi ni...)

2 comments: