Monday 2 March 2015

kembali bersatu

Sebelum ni aku sibuk fikirkan kami anak beranak duduk berjauhan. Sedar tak sedar dah masuk 3 bulan suami akhirnya dapat berpindah duduk bersama. Alhamdulillah.. walaupun berpuluh application form dihantar sekitar Penang ni, hanya satu saja yang mendapat balasan. Itulah rezeki suami ku kini. Syukur sangat tu...

Walaupun terpaksa bekerja 6days/week, tak mengapa. Berbaloi rasa berbanding duduk beratus kilometer berjauhan. Jarak perjalanan dari rumah, cuma 15 minit dengan motorsikal. Setiap hari boleh lunch sama-sama gitew.. hehe.. Cuma yang kurang seronok (sikit je la), kami ada hanya Ahad saja hari untuk keluar sekeluarga. Pulang ke kampung halaman pun balik hari. Mujur dekat dah.

Semoga permulaan ini berterusan.. moga lebih baik lagi.. amin

No comments:

Post a Comment