Wednesday 11 March 2015

aku dengan dunia berpantang..

Minggu ni ramai staf terlibat dengan persiapan APACC. Staf baru seperti aku belum diberi tanggungjawab lagi. Sekadar bantu persediaan fail, susunan aset saje la. Dan yang paling best, hari ini hari rabu. Yey! rehat sehari.

Apa nak kongsi kali ni ialah pasal confinement lady yang aku dah tempah tu.
Ok, semuanya bermula bila aku ceritakan kisah aku yang pening nak cari bantuan menemani aku dalam pantang nanti, kan.. Membahasakan dirinya sebagai MakSu - nampak orangnye muda lagi dari aku. Tapi dia suka membahasakan dirinya MakSu. Katanya senang para si suami yang jadi client dia nak memanggil. Takde la kekok dia nak bagi arahan itu ini.. hehe..

Pertama kali dapat contact numbernya dari salah sorang client dia punya blog. Sehari tu aku call dia 2 kali, punya lah peramahnya dia. Aku kira, kalau aku boleh bersembang dengan mesra ngan orang tu, maka kira  serasi lah dia ngan aku ni.. haha. Sebab aku ni, susah sikit kalau nak bermesra ngan orang yang aku tak kenal.

Jadi dalam perbualan itu, maka diteruskan ke bibit-bibit membalas sms. Maksu ni takde Whats app. Kalau tak, maunye lagi panjang chatting. Selepas seminggu, kami laki bini pun setuju lah nak hire dia. Jumpa Maksu untuk settle bayaran down payment. MakSu bagitau dia akan bawak Kak Sal (pembantu dia yang datang sekali jumpa aku gak..) time confinement aku nanti.

Apa service yang dia akan berikan setiap hari selama 14 hari, ialah :
  1. Start dari pukul 9.00 am sehingga selesai rutin.
  2. Mandi ibu.
  3. Mandi dan urut baby (Kak Sal)
  4. Urut bersalin setelah hari ke 5 (bergantung kesihatan ibu)- dilakukan selama 3 hari berturut.
  5. Selama hari yang tiada/selepas urut, akan digantikan dengan lite massage untuk whole body dengan minyak panas.
  6. Bertungku dengan tungki besi lapik daun-daun herba. 
  7. Steam body & legs
  8. Berbengkung. Kalau takde bengkung, dia ada jual. Boleh beli dengan dia.
  9. Tepel dan urutan kepala.
  10. Lulur.
  11. Tangas - dilakukan pada 3 hari terakhir. Berturut.
  12. Memasak masakan ibu berpantang (Kak Sal).
Aku rasa, complete pakej dia.. kalau dia boleh tambah lagi - (sidai kain dan sapu lantai, tentu lagi best..) kihkih..

Keperluan yang sendiri perlu sediakan : (kalau takde, akan dikenakan cas tambahan)
  1. Daun-daun mandian dan lapik tungku
  2. Tungku Besi
  3. Kain bengkung
  4. kain batik
  5. Barangan mentah seperti ikan, ayam dan sayur (yang ini pun MakSu boleh belikan jugak kalau tak sempat nak ke pasar)
  6. Set bersalin - yang ni terpulang nak jenama apa. MakSu agen untuk produk NR. Aku taktau nak beli ke tak. Sebab MakSu kata barang-barang dalam pantang dia sediakan, cuma untuk keperluan aku selepas 14 hari nanti la, minuman herba ke, minyak sapu ke, makjun ke ape benda semua lah.. Nanti aku cari ilham tu kemudian.. hehe..

Ikutkan pengalaman aku dalam dunia berpantang :
anak pertama (Imam) - aku serah diri je semua perkara. Langsung takde pembacaan pun pasal penjagaan lepas bersalin. Semua ummi aku sediakan. Masa tu aku ingat, aku pakai jenama Air Manchur (Brand Indonesia). Jamu Pak Tani. Minyak urut Afiat. Semua barang campur-campur. Bedak sejuk je. Tambah kalut, Imam kena admitted ward sebab jaundice. Aku berpantang pun macam tak pantang. Bengkung ntah ke mana.


 Anak kedua (Intan) - Aku start berpantang sendiri. Umi ayah baru pindah. Jadi banyak urusan, aku pos Imam je balik kampung untuk senang aku berpantang sendiri. Aku guna barang bercampur-campur jugak. Aku ambil Kak Intan tukang urut. Aku beli kat dia je semua air halia, minyak panas, minyak urut, minyak aroma. Aku banyak minum air kurma Merah, oats, sayuran hijau. Time ni suami yang masakkan siap-siap lauk berpantang sebelum dia pegi keja. Siap resepi print dari internet.. Aku pulak malas nak panaskan lauk, makan sejuk-sejuk je.. hmm... Tapi, sebab dimanjakan suami, aku dapat jaga badan elok-elok. dapat jugak lah berat 53kg. auww..


Anak ketiga (Fawwaz) - Aku berpantang sendiri juga. Imam dan Intan hantar taska. Umi aku datang seminggu pertama. Masih upah Kak Intan mengurut. Kali ni dia dah pandai bagi pakej. Makin mahal pulak rasa.. walaupun dia cuma urut badan dan buat air mandi je.. hal seperti bertungku, lulur, mandi baby, semua aku setel sendiri. Dia tak kira, masih nak aku bayar ikut pakej jugak, walaupun aku dah buat sendiri apa yang dah masuk dalam pakej dia. Tak reti katanya nak buat sub-sub item. Adoi. Sabar je la mak masa ni. Time Fawwaz ni, kawan aku syorkan set berpantang Sh***ee je.. Apa yang aku rasa, badan aku tak serasi bila makan vitamin je. Aku tak tahan sejuk. Mudah masuk angin. Aku dapat demam (orang kata bentan) selepas masuk kerja. Selimut toto 3 lapis pun tak mampu menahan gigil aku dalam selimut. Sejuk sampai ke tulang. Nak angkat sebelah tangan pun tak boleh. Telinga berdengung. Ni aku ada share dalam entri aku bentan tahun lepas. Serik. Berat badan aku bagai di pam-pam selepas Fawwaz..haha. Mungkin tiada amalan berpantang sangat masa ni, ialah kan.. selepas gaduh manja dengan Kak Intan, barang bersalin pun tak ada, dengan aku pulak cuma guna set Sh***ee semata-mata.. lepas tu, bengkung pun tak pakai sangat.. Suami aku pulak dah start malas nak masakkan dalam pantang time ni. Sibuk uruskan 2 anak yang sebelum. Walaubagaimanapun, kali ni aku berjaya penuhkan Deep Freezer ngan EBM.. meriah. Rezeki Fawwaz. Debab sampai sekarang.

Jadi, kali ni aku ingat nak merasalah dibelai seperti di spa.. haha.. mungkin aku kena repair mana-mana yang dah loose. Lagipun umur dah tua. Banyak kali beranak, nak kena jaga badan. Nak bertugas lagi, nak besarkan anak-anak lagi, nak penuhkan perut suami lagi... ha, kena jaga lah kesihatan.. Harapnya lah kan..



2 comments:

  1. NR memang terbaek... tapi ikut org lah. Kita pakai NR rasa senang sikit nk BO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tu banyak riview best pasal NR ni..
      aku pun macam tertarik nak cuba jugak..

      Delete