Friday 6 March 2015

94 days to go..

Seminggu sebelum ni, pulun siapkan mana-mana tugasan. Dalam duk pulun konon-konon tu, boleh pulak aku membelek blog-blog yang menawarkan urutan atau spa untuk 'dayang bunting'.. haha..merasa la pi berurut ketika 'bunting' ni.. lenguh badan duduk lama-lama buat keje kat opis. sejuk ekon lagi la buatkan segala urat sendi semua masuk angin. Sakit.

Ok la, sebab ramai bertanya-tanya, secara rasminya aku umumkan la.. Yes.. we are expecting for number 4! Lagi 2 minggu rasmi la kami masuk 3rd trimester.. InsyaAllah. Awal-awal pregnancy memang dah tahu. Sebab aku suka buat BBT chart.. Maklum lah period tak pernah stabil. Setahun 3 kali, 4 kali je.. Cemana nak buat. Ada masalah PCOS. Nak tahu pasal ni, kena pi google la.. ramai yang dah share pasal ni. Malas lak aku nak story.. hehehe..

Jadi, kalau ikut kiraan, ketika entri ini dikarang, kami ada masa 94 hari lagi 'till the big day! Kalut tak aku? tak... sebab keperluan seperti pakaian, kain selimut, tilam, cadar, baju abang-abang, kakak sangat banyak. Boleh recycle lagi. mana yang dah buruk dah dibuat kain lap pun.. ha. yang elok-elok masih disimpan.


keterangan gambar : ini ketika menanti Intan keluar... hehe... masih recycle lagi kain-kain ni.


Jadi, keperluan baby, yang perlu ditambah hanyalah :
  1. barangan mandian, minyak, losen segala barangan luaran.
  2. Barangan untuk EBM nanti - beg storage untuk EBM, (botol-botol hanya perlu sterilizer, kena cuci)
  3. Nak cari bantal kekabu baru.

keperluan omak :
  1. Kain batik (kena cari ni, sebab kain batik buruk dah banyak habih hangus buat lapik tungku.. hehehe)
  2. Barangan set berpantang - yang ni aku belum pikir lagi nak guna produk apa.
 Sebab dah kali keempat agaknya, aku malas nak mencari semua ni awal-awal. Update pasal pregnancy pun takde. Boring orang baca kang. hehe...

Selain daripada nak merasa diurut dayang bunting ni, aku sebenarnya nak survey jugak khidmat jagaan dalam berpantang nanti. Sebab aku kemungkinan besar akan berpantang di sini. Imam dah masuk tadika, dah banyak belajar, seronok dia belajar setiap hari. Nak tengok dia. Haha... aku ni excited weh, anak sulong aku dah sekolah! walaupun tadika..

Jadi, memandangkan akan ada 4 orang budak bawah umur 5 tahun serentak, aku takut la aku bakal meroyan sebab berpantang berjemaah dengan diorang di sini.. Tak boleh pulak aku balik kampung, lepas tu nak tinggalkan diorang dengan suami. Jenuh dia menjaga sorang-sorang kalau aku takde. Tak boleh jugak nak tinggalkan diorang je kat kampung - dan aku pulak kat sini, sebab ummi ayah aku tu sedang bergilir-gilir dengan mak-pak sedara menjaga opah dan atuk kami yang uzur..letih diorang..

 Mentua? Mak mentua aku tak sihat untuk jaga aku berpantang, dia kurang sihat, tak boleh runsing, tak boleh buat kerja berat. Kena ada abah menemani. Kalau mak berteman sekali ngan pak mentua, segan lah aku... Takkan pak mentua pulak nak siapkan semua air mandian untuk aku... kannnn.. hehe.. Adik-adik pulak yang bongsu nak SPM. Sekolah lagi. Yang lain dah berkerja, belajar kat kolej.
Nak minta tolong ipar, semua beranak kecik. Haha.. tamau la -susah nanti.

Ada mak sedara yang surirumah, sorang tu kaki tak kuat pulak, cedera ketika mandikan anak asuhan dia. Mak saudara yang lain, masih bekerja, ada yang jauh sangat nak bawak ke sini.. kang anak-anak diorang bising pulak.. (aku bakal berpantang bulan Puasa ni - kan tak bleh balik kg berbuka sama-sama kang..)
 ha... dilema sungguh la kan..

Pikir-punya pikir, aku decide nak mencari confinement lady la senang... Ada orang boleh uruskan aku dan baby sekali dalam pantang.. kan.. jadi, aku survey la banyak blog yang share pasal confinement lady sekitar utara. Yang jenis ada nursery jagaan pun ada. Pegi pagi, balik petang. Aku rasa leceh. Sebab aku duk apartment. Susah nak naik turun lif angkut barang ngan baby bagai... Aku nak yang boleh datang rumah. Suami aku takmau ada orang duduk sekali. Jadi, kena cari yang datang pagi balik petang..

Sampai lah aku jumpa satu blog tu... ni banner spa dia...

nampak tak ?
-penjagaan ibu bersalin.

Pasal confinement lady ni, nanti aku kena buat satu entri pasal dia... haha.. sekarang ni dah berjela cerita aku.. Tapi kami dah berjumpa isnin lepas, jadi aku dah pun booking dia untuk 2 minggu untuk menjaga aku dalam pantang nanti..

So, nanti aku sambung cerita lagi naa.. nak ke toilet la.. haha..

No comments:

Post a Comment