Thursday 13 February 2014

Demam - bentan selepas bersalin?

Khamis 6 Feb (tengahari)

"jom, nak ikut akak pi lunch tak?", pelawa kakLiza.
"tak pe la kak, dah janji ngan Kak Mai nak keluar tadi..", perlahan saya menolak.

5 minit selepas kakLiza pergi, saya terasa sejuk. Baju blazer disarungkan. Namun sejuknya makin mencucuk. Aircond kuat sangat ke? Lengan kedua-dua belah saya sapu laju-laju supaya hangat. Masih sejuk. Sedikit menggigil. Semua orang di dalam pejabat dah keluar untuk rehat tengahari. Kebanyakkan staf masih sambung cuti Raya Cina. Waktu ni, pejabat kosong.

Saya berlari ke luar halaman. Cuba berdiri di panas terik matahari. Dah dua hari ni tak hujan. Panas terik matahari pun masih tak mampu menghangatkan saya. Semakin mengigil. Kali ni kaki terasa makin sakit. Hampir kejang. Saya terus menghubungi kak Mai, mujur dia ada. Menumpang keretanya untuk makan tengahari, terasa lega. Bahang dalam kereta (diparkir bawah matahari terik), sedikit menghangatkan saya.

Selepas makan, sejuk kembali terasa. Cepat saya adukan kepada kak Mai, dihantarnya saya pulang ke rumah daripada ke pejabat. Di rumah, berlapis-lapis toto saya balut badan ni. Sejuk semacam. Cuma dahi saya kini berpeluh-peluh, sedangkan jari kaki dan jari tangan sejuk seperti menggenggam air batu.Cuba mendial nombor suami. Minta dirinya pulang segera. Namun, suami hanya pulang lewat petang, akibat kerja bertimbun di pejabatnya.

Di fikiran, saya asyik memikirkan.. mengapa saya begini? terkena sampuk kah? saya ada langgar di mana-mana kawasan ke sebelum ni?

Petang itu, terpaksa Fawwaz di bawa pulang oleh pengasuh ke rumahnya. Saya tak mampu untuk bangun, menjaga diri sendiri, bagaimana saya nak menjaganya malam nanti? Anak-anak suami uruskan. Sejuknya diri ini sampai ke siang esoknya.

Ini namanya bentan. Kata rakan saya bila ditanya kepadanya. "kalau kat kampung, kau ni dah patut kena berpantang 44 hari semula..." dush.. Baby Fawwaz sudah 4 bulan. Bentan masih boleh terjadi lagi?

Seminggu terasa badan dedar (seperti masih demam tapi suhu bdan cuma suam-suam je)

No comments:

Post a Comment