Wednesday 5 February 2014

Rutin pagi (hari bekerja)

Fawwaz bangun sebelum mami hari ni. Senyum gelak-gelak sambil berbaring sebelah. Dadi masih nyenyak lagi. Seronok tenung mata Fawwaz. Sekejap saja dah berusia 4 bulan. Check up next week. (Bila teringat check up, rupa-rupanya mami dah terlupa temujanji untuk kakak Intan, last JAB. Sangat cuai. Sebab sepatutnya bulan november 2013. Dah 3 bulan berlalu. Dalam kepala duk ingat dah selesai semua. Terpaksa lah kakak Intan ikut Fawwaz check up minggu depan ya).

Matahari sudah semakin meninggi. Usai bf Fawwaz, baru terasa nak bersiap cepat-cepat. Nak mandikan Fawwaz sebelum hantar ke taska. Terpaksa mandikan jugak Fawwaz, sebab pernah sekali tu sengaja buat spot check ke taska waktu tengahari, terpandang Fawwaz masih belum dimandikan. Sedangkan dah pukul 2 petang kot!. Kesian Fawwaz, pengasuh tak cukup tangan nak melayan semua serentak. Jadi, kena gigih juga bangun pagi untuk mandi dan siapkan Fawwaz. Kalau tidak, masyam anak mami ni..

Elok je niat nak bangun siapkan Fawwaz, dah terdengar suara nyaring di bilik sebelah. (anak-anak kami dah diajar tidur di bilik sendiri sejak umur setahun- itu pun bukan setiap hari. Kalau terjaga malam, asyik pindah randah la tempat tidur.. hehe). Itu suara si Intan. Dah bangun. Marah agaknya sebab tersedar dirinya tidur sendirian. Abang imam dah bangun malam tadi, pindah tidur bilik mami. Itu Imam tengah baring sebelah dadi (masih pejam mata, walaupun tahu anak-anak sudah terjaga- sabo je la..)

ketepek..ketepek..ketepek.. (bunyi tapak kaki Intan). Sambil seret bantal kecik dua bijik, sampai-sampai je depan pintu... terus dibaling semua bantalnya ke lantai...

HUAAAAAA......

ok. Mami kena berlari siapkan botol susu Intan. Sambil tu Imam juga sudah bangun sebab terdengarkan jeritan Intan. Jadi dua botol susu perlu disiapkan.Sambil berlari, sempat mami jerit minta dadi lucutkan pakaian Fawwaz, sebab mami perlu mandikan Fawwaz - urusan yang masih tertangguh. Done semuanya! Sekilas pandang, ternampak jarum jam sudah lagi 15 minit ke waktu kecemasan (perlu WAJIB keluar rumah sebelum waktu kecemasan - kalau tidak punch card merah u!)

Bila anak-anak sedang menyusu, Fawwaz pun selesai mandi. Bila Dadi siapkan Fawwaz, kini tiba giliran mami bersiap, sarapan ala kadar (milo suam je), sambil tangan terus sibuk masukkan EBM Fawwaz dalam beg, baju harian dan buku laporan pun sekali. Siap. Now Mami kena berlari bawak Fawwaz -1st trip ke taska.


Usai hantar Fawwaz, dan lapor diri ke pejabat, perlu berpatah balik semula untuk urusan anak-anak lain. Dadi dah siapkan semuanya, perlu hantar saja. Biasanya kalau mood pagi isnin, Intan dan Imam akan berdrama. Cuma pagi ni sudah rabu. Baik-baik saja diorang berjalan ke pintu taska. Sudah siap mandi dan susu, lega melihat diorang dah selamat dalam jagaan taska.

Pagi ni kami berdua berpeluang makan bersarapan bersama.. Alhamdulillah - selesai urusan pagi ni.


No comments:

Post a Comment