Wednesday 10 December 2014

Sudah 2 minggu perkuliahan

Telah masuk minggu kedua perkuliahan.
Tidak begitu sibuk. Tetapi kebanyakkan kelas telah dimulakan sejak minggu pertama. Agak canggung sedikit kerana suasana pengajaran tidak sama seperti di tempat lama. Kalau dulu, sakit bahu aku nak gendong LCD, Laptop dan fail kursus ke kelas. Di sini aku cuma perlu bawa laptop dan fail saja. LCD dipasang setiap kelas. Sangat jarang aku berpeluh-peluh. Semua kelas aircond. Sejuk. Siap berjaket pulak.

Minggu pertama aku masih terkejar-kejar dalam menyiapkan RPP dan Fail PA. Kalau di tempat lama, PA hanya diberi apabila kita dah masuk semester kedua bertugas. Sebab nak bagi peluang staf lebih mengenali suasana persekitaran. Tidak lah seperti aku sekarang ni, terkalut-kalut nak bagitau kepada student PA, siapa mereka patut jumpa, atau ke arah mana halatuju kelas dan makmal.. Student PA juga mengadu ada ramai pensyarah di sini tidak pernah dengar nama aku.. (opss.. memang la- aku baru je masuk 4 minggu di sini, lagi pulak tidak ada sesi suai kenal antara pensyarah pun. Terus buat tugas macam biasa. Aku kan datang seorang diri..)

Kemudian ada la pulak masalah sistem internet lagi, password outlook, thumbprint, yang melibatkan ICT, aku kena pi repot sendiri. Kat sini semua inisiatif diri aku jugak nak selesaikan masalah macam ni. Itu lah kesusahan kalau datang lapor diri sorang-sorang. Kena alert. Biasanya bila datang berkumpulan, katanya akan ada sesi taklimat dan juga sesi perkenalan. Buat lebih proper la orang kata...Takpe la, dah rezeki tu bahagian masing-masing lah kan..

OK. Aku dah berjaya melepasi fasa itu. So minggu ni tenang sikit. Tenang sangat sebenarnya, sebab dah tiga hari kelas batal. Masalah bekalan elektrik dan masalah alatan makmal serta kelengkapan lain masih belum sesuai untuk kami mulakan kuliah minggu ini. Walaupun minggu lepas dah jalan dah pun. OK. Aku mahu penuhkan perut. Walaupun sudah makan 3 jam yang lalu, perut ini masih lapar lagi.. haha



No comments:

Post a Comment