Monday 24 November 2014

penuhi hari mu dengan emosi~ lalalala

Aku menghantar anak dan suami ke bas stesen Butterworth. Sayu je memandang wajah-wajah kesayangan. Tiap kali, hati rasa berat sangat. Kelopak mata jadi mudah sangat bertakung, dan memaparkan ilusi berkaca-kaca. Hati aku rasa pecah. Betapa beratnya perpisahan ini untuk ditanggung lagi dua minggu lagi. Aku terlalu mengikut emosi, sedangkan ramai lagi yang lebih berat dugaannya.

Longlai kaki ini melangkah pergi meninggalkan mereka. Baru sesaat, sudah seperti bertahun. Kalau diikutkan nafsu dan singkatnya akal, tentu tak pergi kerja la minggu ni. Ambil cuti.. silap-silap mau pencen terus! Ohoi!

Cabaran hidup masakini.
Bila sembang dengan emak sendiri, katanya zaman dia dulu lagi sangat susah. Naik van takde aircond. Rumah dan tempat kerja sangat jauh. Basuh baju pakai tangan. Anak kecil berkain lampin, maka penuh la ampaian kain kalau dibasuh kain-kain lampin tu.. Kewangan pulak sangat ketat. Ramai orang dulu-dulu takde transport. Kena naik bas. Naik kenderaan awam. Orang sekarang katanya hebat. Semua sudah sedia depan mata. Macam-macam kemudahan dah sedia ada. Setiap rumah pastinya ada mesin basuh. Pastinya hiburan seperti internet dan ASTRO ada. Anak kecil tidur malam amat selesa, semuanya berpampers, bilik pastinya dengan aircond. waa.. hebatnya perbandingan..

Aku tak mahu berdebat tentang orang dulu vs orang sekarang depan-depan emak aku. Jadi aku hanya boleh luahkan perasaan aku di sini. Luahkan perasaan je la..bukannya aku melawan cakap mak aku pulak.. Masing-masing ada cerita yang tak semua orang mengalaminya. Siapa tahu, dalam senang orang sekarang, mereka lebih terikat dengan bebanan yang orang dulu tak pernah merasa?

Ambil contoh tentang nilai RM. Kalau dulu, dengan hanya RM50 dua troli Giant supermarket tu ayahku mampu penuhkan. Tapi, zaman aku pulak, RM50 tu hanya sebakul je penuh. Nilai gaji masih tak jauh beza ngan nilai gaji 20 tahun yang lepas. (pendapat aku la- sebab ayah aku punya gaji sama je ngan gaji aku sekarang - walaupun dia seorang technician - eh, aku tak mau persoal pasal bayaran gaji di sini..)

Bagaimana pula dengan yuran taska yang meningkat, makan pakai lagi, disebabkan orang sekarang semua sudah berkenderaan, kena gak fikir loan bulanan kereta, minyak, tol, service kereta dsb.... belum masuk hal pendidikan anak-anak, kalau nak anak-anak lebih-lebih pandai, kena hantar tusyen.. Cikgu sekarang terlalu banyak bebanan kerja nak buat, jadi kena bantu cikgu dalam urusan pelajaran anak-anak juga.. supaya ranking sekolah tak jatuh..cikgu stress, mak pak pun stress...

Untungnya zaman emak aku dulu, kami tak perlu pergi tusyen. Cikgu sekolah kami tak stress ditimpa bebanan kerja seperti cikgu-cikgu sekarang. Cikgu kami ada masa untuk membuat kelas tambahan percuma yang menjimatkan duit ayah aku. Begitu juga taska. Emak aku bertuah, zaman dulu, orang melayu tak memilih kerja (mungkin peluang pekerjaan tak banyak?), jadi jiran-jiran tetangga ramai anak dara yang belum bekerja boleh diupah menjaga kami adik beradik. Zaman sekarang ni, aduhai.. susahnya nak cari pengasuh (di tempat aku la.. tempat lain aku tak survey!).. Kebanyakkannya- nenek-nenek.. aku pun tak sampai hati nak mengupahnya. Mungkin ada pengasuh yang masih muda- tapi tentulah sold out macam keropok lekor goreng panas-panas! Jadi, taska selalu jadi pilihan aku.

Sekarang jugak dah ada cabaran baru, anak aku yang baru setahun lebih tu juga dah pandai berebut smart phone dengan abang-kakaknya. Aku tak semudah itu nak benarkan diorang gunakan teknologi terbaru ini. Sudah awal-awal aku tak pernah install apps yang aku tak mahu. Sekadar whats apps, FB je ado.. Diorang berebut tengok video yang dikongsi dalam what apps je la.. Itu cukup 3 minit saja okey! Mujur zaman emak aku dulu takde lagi teknologi seperti ini. Kalau tidak, tentu kami adik-beradik jadi kera sumbang dengan masyarakat... kihkih.. (Bahaya teknologi ni kalau kita tak gunakan ke jalan yang betul..)

Cabaran aku yang terbaru sekarang ni, kena hadapi lagi sekali detik-detik perpisahan sementara ini.. ohoi! Dan disebabkan kami PJJ, maka kewangan kami juga sekarang ini sangatlah ketat. Jadi, tentulah nampak juga bagaimana susah orang dulu, dengan susah orang sekarang, kan.. masing-masing hidup dalam cabaran zaman masing-masing...

Maka, bersabarlah wahai hati....
(luahan hati ini takde kena mengena dengan hasutan ke atau ketidakpuashatian aku terhadap mana-mana pihak..)

P.S : Ampun Ummi.. hehehe.. kaklong cuma luahkan perasaan je taw.. kikik..

No comments:

Post a Comment